LodoPorok

LodoPorok

Friday 19 September 2014

" Peraliahan Kuasa Ketua Menteri Sabah, Satu Usaha Tidak DiRestui Dan Tidak Tepat Pada Masanya :...

Tiba-tiba tarikh 10 julai 2014,menjadi seperti satu igauan kepada majoriti pemimpin UMNO Sabah khususnya di kalangan Ketua-ketua UMNO bahagian.

Tanpa taufan,badai dan gempa bumi,jawatan Ketua Menteri Sabah yang disandang oleh YAB.Datuk Seri Pangalima Musa Aman, tiba-tiba mahu diambilalih dan dipindahkan  kepada pemimpin lain melalui apa yang diistilahkan oleh golongan berkenaan sebagai proses ' Peralihan Kuasa '.

Rombongan tanpa restu sebahagian besar 25 orang ketua UMNO bahagian Sabah ini, telah membuat kunjungan dan perjumpaan dengan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri yg juga Presiden UMNO, atas alasan mahu berbincang dgn YAB.Perdana Menteri berhubung dengan penjanaan projek sosio-ekonomi dan pembangunan bagi negeri Sabah.

Rombongan yang dianggotai oleh seramai 8 orang ketua UMNO bahagian dari Sabah itu, bukan berfokus sebenarnya kepada tujuan asal perjumpaan tersebut, sebaliknya perjumpaan itu telah dimanupulasi oleh beberapa orang anggota rombongan dengan mengemukkan pelan cadangan ' peralihan kuasa ' Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri.

Perbuatan ini mengejutkan beberapa orang Ketua UMNO bahagian yang turut serta dalam rombongan berkenaan yang sekali gus mengundang tanda tanya mereka di sebalik yang berlaku.

Kejutan berkenaan mengundang Ketua UMNO bahagian Beluran Datuk James Ratib, dan Pemimpin UMNO Pitas yang juga seorang pembantu menteri dalam kabinet Musa, Datuk Bolkiah Ismail tampil membuat kenyataan dalam akhbar harian daily express keluaran 20 september 2014 ( hari ini ),bahawa mereka tidak tahu tujuan sebenarnya perjumpaan dengan Perdana Menteri  itu.Sebaliknya yg ada dalam pengetahuan mereka adalah perbincangan mengenai hal ehwal ekonomi dan projek-projek pembanguanan di negeri Sabah.

Dilihat dari dimensi lain, apa kewajarannya peralihan kuasa pada ketika ini dilakukan.Apakah YAB Datuk Seri Musa Aman, selaku Ketua Menteri Sabah, tidak punya trek rekod baik dalam menjana ekonomi, memacu pembangunan dan menstabilkan politik negeri Sabah hari ini?

Musa sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 mac 2003 menggantikan Datuk Chong Kah Kiat melalui sistem penggiliran Ketua Menteri, telah bersiapsiaga dengan menyediakan satu agenda dan kerangka ' Hala Tuju ' bagi membangunkan negeri Sabah.

Teras kepada kerangka dan agenda hala tuju yg telah Musa gariskan, mencakupi industri pertanian, pelancongan dan pembuatan yang akhirnya hala tuju berkenaan telahpun dapat dimanfaatkan oleh sebilangan besar rakyat Sabah hari ini.

Langkah pro-aktif awal Musa sebaik dilantik sebagai KM.Sabah yg ke14,beliau telah berjaya  mendapatkan dana dari kerajaan pusat sebanyak rm1.4 billion bagi menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang sebilangan besar rakyat Sabah boleh manfaatkan hari ini.Dan kerana sikap efisensi yg ada pada kerajaan BN Sabah di bawah pimpinan Musa,penyiapan kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang berkenaan telah dapat dipercepatkan daripada tarikh siap sebenar.Dan seharusnya Musa diberikan kredit atas usaha beliau ini.

Begitu juga trek rekod Musa dalam industri pembuatan.Pada tahun 2006 setelah memegang jawatan KM.selama tiga tahun, Musa telah berjaya meyakinkan para pelabur asing melalui Kerajaan negeri untuk melabur di Sabah yg akhirnya berjaya meraih nilai pelaburan sebanyak rm 4.9 billion.Dan dengan pelaburan ini, penjanaan ekonomi bertambah rancak di negeri ini justeru di mana rasionalnya Musa perlu diganti?

Begitu juga dalam industri pertanian seperti mana yg telah beliau gariskan melalui agenda hala tuju negeri Sabah.Pengwujudan POIC ( Palm Oil Industrial Clusters ) yg telah Musa ilhamkan, mampu mengangkat industri pertanian dalam rantaian pasaran komoditi yang berdayasaing.Jadi apa keperluaan beliau diganti pada saat-saat UMNO dan BN yang menagihkan solidiriti setiap ahli UMNO dalam menghadapi situasi yg semakin hari semakin mencabar ini.

Bahkan trek rekod Musa dalam mengetuai bala tentera UMNO/BN ketika menghadapi pilihanraya umum ke13 lalu, hampir dapat melakukan ' clean sweep ' di negeri ini, sehinggakan dlm era kepimpinan Datuk Musalah timbul istilah ' fixed deposit ' oleh UMNO dan BN pusat, jadi di mana logiknya beliau mahu di kesampingkan dlm isu ' transaction power ' ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.Kalaupun ada cadangan ataupun niat yg diperolehi secara ' Konsensus ' daripada para ketua UMNO bahagian,pengerusi-pengerusi parti  komponen BN Sabah, mahu menggantikan Musa masanya bukan hari ini, esok atau lusa.Sabar-sabarlah dulu kerana kerusi empuk KM itu tiada sesiapa yg akan membawanya lari mahupun cuba menyembunyi atau mencurinya.Masanya belum tiba.Tunggulah sehingga pru14 akan datang.

Berilah dulu Musa peluang utk melangsaikan kerja-kerja yg belum beliau berkesempatan utk menyelesaikannya.Pemikiran rakyat khususnya anak-anak muda hari ini, lebih spektikal, mereka mampu melihat dan menilai seseorang pemimpin itu.Zaman ini bukan lagi seperti zaman dulu." Ku yang dulu bukannya yang sekarang,dulu ditendang sekarangku disayang, dulu-dulu kumenderita, sekarang aku bahagia ", justeru bukan masanya peralihan kuasa dilakukan sekarang, tunggu bunyi wisel yg akan ditiup oleh PM yg juga presiden UMNO dan Barisan Nasional.....

  

Tuesday 2 September 2014

Mendepani Arus Dan Cabaran Abad Ke 21, Malaysia Perlu ISA...

ISA atau akronim nama bahasa inggerisnya ' internal security act ' merupakan satu undang-undang tahanan pencegahan di negara ini yg dikuatkuasakan beberapa tahun dahulu.

Menurut fakta sejarah, ISA ini atau dalam bahasa melayunya ' akta keselamatan dalam negeri ' dirangka oleh seorang bernama R.H. Hickling yang kemudiannya dijadikan sebagai satu undang-undang pada tahun 1960.

Semasa akta ini digunapakai dalam negara ini, undang-undang ini dibenarkan untuk diadakan kajian semula hinggakan ia telah dipinda sebanyak 20 kali.

Dengan penguatkuasaan ISA ini, kuasa mutlak telah diperturunkan kepada menteri hal-ehwal dalam negeri pada ketika itu, menahan individu atau mana-mana kumpulan yang difikir boleh memudaratkan keselamatan dan keharmonian negara tanpa merujuk kepada mahkamah.

Tetapi bila Najib diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Badawi maka pada tanggal 15 september 2011,beliau telah memansuhkan akta ini dan diganti dengan undang-undang baru yg lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia.

Tidak dapat disangkal bahawa pemansuhan ISA ini, banyak didorong oleh ' pemeliharaan demokrasi dan hak asai manusia ' di Malaysia sehinggakan isu ini telah dieksploitasi begitu hebat oleh pembangkang dalam kempen-kempen mereka dengan tujuan cuba ' undermind ' kerajaan Barisan Nasional agar dibenci oleh rakyat negara ini sendiri.

Selain daripada bantahan oleh beberapa pertubuhan yang pro pembangkang di negara ini pada ketika itu, pertubuhan hak asasi manusia dari luar negara, turut menyelar tindakan Malaysia yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Disebabkan mahu mengendur desakan dari pelbagai pihak dan memilahara keutuhan demokrasi Malaysia maka Najib yg ketika itu telahpun dilantik sebagai Perdana Menteri, tiada jalan lain selain memansuhkan akta berkenaan.

Dengan pemansuhan akta ini maka ada sesetengah pihak yg tidak senang melihat Malaysia dalam keadaan harmoni dan aman damai pada hari ini, telah mulai menanam bibit-bibit kebencian, desakan dan ugutan kepada kerajaan di bawah pimpinan Najib atas alasan mereka sudah ' ada lesen utk bersuara ' dan bebas menuntut apa yg mereka istilahkan sebagai ' HAK ' tanpa mengikut saluran undang-undang yang dibenarkan.

Dengan pemansuhan ISA ini juga, semakin banyak dan semakin sensitif isu- yg diangkat dan ketengahkan hinggakan ada yg sampai menyentuh soal-soal anutan agama sesuatu kaum.

Apakah perlu keadaan dan situasi begini berterusan di bumi Malaysia yg aman damai ini tanpa ada mekanisma pengawalan yang lebih komprenshif bagi membendung perkara ini, sehingga tidak sampai jadi satu fenomena...

Justeru di sinilah perlunya ISA ini dikuatkuasakan semula.Kita tahu bila akta ini dipraktikan kembali maka ada pihak yang lantang mengkritik Malaysia dgn pelbagai ' label dan jenama '.Bahkan tidak mustahil negara-negara yang tidak mahu melihat Malaysia harmoni dan sejahtera, akan mempersenda dan mentertawakan kita.

Namun pada satu dimensi lain, mana satu yang kita inginkan, ' ditertawakan oleh orang lain ' atau menangisi nasib sendiri setelah negara berada dalam keadaan kucar-kucar dan huru-hara setiap masa? sebabnya tanpa sebarang undang-undang yg bersifat ' pencegahan  ' seperti mana salah satu tujuan asal ISA diperkenalkan,negara ini pasti akan mengikut jejak negara-negara lain seperti Syria, Mesir dan Palestine yg ' malam bermandikan cahaya bom, siang bermandikan darah orang-orang yg tidak berdosa '.

Ini belum termasuk cabaran-cabaran yg datang daripada mereka yg terlalu ekstrim dan taksub dalam sesuatu fahaman serta idealogi,selain yg ada kaitan dengan terroisma dan militan.

Maka itu kerajaan di bawah pimpinan Najib, dalam apa keadaan dan situasipun  ' berkeperluan ' untuk menguatkuasakan semula ISA ini demi mengekalkan Malaysia sebagai  sebuah negara sejahtera yg ampuh mendepani arus dan  cabaran abad ke 21 ini...


Friday 29 August 2014

Dalam Usia Ke 57 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Sudahkah Semangat Dan Roh Kemerdekaan itu Meresapi Jiwa Rakyat Luar Bandar???

Menjelang detik 12 tengah malam semalam, genaplah usia kemerdekaan negara 57 tahun.Saban tahun sebelum dan pada hari kemerdekaan, pelbagai acara sambutan diadakan.

Dibandar2 besar diadakan acara2 menaikkan jalur gemilang, perbarisan lintas hormat anggota keselamatan ,pendeklamsian puisi merdeka dan banyak lagi acara sebagai signifikan kepada kemerdekaan Malaysia yg bebas sepenuhnya dari rantaian penjajahan British.

Semua acara sambutan yang adakan matlamatnya adalah menanamkan rasa kencintaan serta memupuk nilai patriotisma di kalangan rakyat pelbagai suku kaum dan etnik di negara ini.

Persoalannya rasa kecintaan raykat terhadap negara, semangat patriotisma mereka dan roh kemerdekaan itu,sudahkah meresap ke dalam jiwa di setiap kalangan rakyat yg menjadi ' tuan tanah ' bumi tercinta ini sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini, Malaysia..." di sini lahirnya sebuah cinta "...

Persoalan ini wajar diberi perhatian seserius-seriusnya oleh pihak kerajaan dan setiap daripada kita kerana tidak holistik rasa merdeka itu jika ianya hanya wujud pada masyarakat di bandar dan pinggiran bandar.

Saya berani mengatakan demikian kerana selama 57 tahun negara dan kita sbg rakyat Malaysia megah berdiri di bawah panji-panji kemerdekan, memikirkan tentang mereka yg tinggal jauh di ceruk dan pelusuk kampung serta desa mengenai erti dan makna kemerdekaan itu pada mereka.

Sudahlah mereka terbelenggau dgn ' ketidakmerdekaan ' terhadap semua keperluaan asas seperti air, lampu dan kemudahan lain seperti mana yg rakyat di bandar dan pinggiran bandar nikmati.

Tidak ada gunanya kemerdekaan itu jika makna dan nikmati serta pengisiannya hanya dirasai oleh sebahagian rakyat tetapi tidak merangkumi semua rakyat ibarat kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Justeru sudah sampai dan tiba masanya,pihak kerajaan dan mereka yg diberi tanggungjawab pada tahun-tahun mendatang, memikirkan transformasi dalam acara-acara sambutan ini, sama ada di waktu ambang merdeka dan pada waktu hari kemerdekaan.

Penganjuran acara sambutan yg sudah sangat sinonim dgn bandar-bandar besar ini dikurangkan, sebaliknya dianjurkan melalui kawasan-kawasan parlimen dgn melibatkan, jika diadakan acara perbarisan misalnya,masyarakat yg tinggal di ceruk dan pelusuk kampung nun jauh di sana.Bekalkan mereka dgn bendera jalur gemilang dgn percuma dan arahkan mereka mengibarkannya di kawasan perkampungan dan rumah masing-masing.Tidak berbaloi kita membelanjakan wang kerajaan  jutaan ribu ringgit saban tahun bagi tujuan meraikan hari kemerdekaan tetapi melalui kelompok masyarakat yg sama saban tahun sedangkan setiap rakyat yang tinggal di bumi Malaysia tercinta ini, mahu dan perlu juga meraikan hari kemerdekaan mereka, justeru kenapa harus dibiarkan semangat dan roh kemerdekaan itu hanya wujud di kalangan masyarakat bandar dan kota sahaja, kenapa tidak ia diresapkan juga dlm jiwa mereka yg tingggal nun jauh di pelusuk dan ceruk kampung serta desa....

Sunday 24 August 2014

' Rumah Ibubapa Rumah Anak2, Rumah Anak2 Bukan Rumah Ibubapa.., Di Mana Harga Pengorbanan Ibubapa??????

Hari itu hati saya benar2 diruntun pilu.Perasaan bagai disiat-siat.Keadaan awan kelabu dgn gerimis mula menitik membasahi bumi, membuatkan saya menangguhkan dulu hasrat saya utk pulang awal.

Saya labuhkan punggung di sebuah restoran makanan melayu sedarhana besar.Ketika itu pelanggannya tidak begitu ramai.Di satu sudut restoran itu,ada dua orang pelanggan yg sdg duduk.Di atas meja mereka, terhidang air nipis kosong.Dalam telaan saya,itulah air air suam tanpa sebarang perasa.

Saya diselimuti rasa kasihan pula melihat kedua org tua yg berusia lebih separuh abad itu.Tanpa berfikir panjang, saya beralih berdekatan dgn tempt mereka sambil memesan mee goreng ayam dan minuman panas.

Tanpa berlenggah, saya mempelawa mereka berdua utk memesan apa2 makanan, ' pacik kamu tidak mahu makan apa2, mintalah..! Pelawa saya dgn bahasa daerah yg senang mereka fahami.Di wajah mereka berdua jelas kelihatan seperti ada sesuatu yg mereka sembunyikan.Mereka asyik berpandangan satu sama lain.' Ala mintalah makanan apa2 pacik, macik, saya saja bayar nanti ' saya beri mereka keyakinan bahawa makanan yg mereka bakal pesan, saya yg bayarkan harganya.

Kedua orang tua itu nampak gembira di raut wajah mereka.Tanpa menunggu mereka membuat pesanan makanan, saya panggil pelayan restoran berkenaan mengarahkannya bertanya kedua orang tua tadi, makanan dan minuman yg mereka mahu pesan. ' Nasi goreng dua piring nak..! Pesannya lelaki pasangan wanita berusia separuh abad itu.Pelayan mengangguk tanda faham dan terus menuju ke arah dapur utk menyediakan pesanan

' Pacik dan macik ini orang mana? Di mana tinggal di Kota Kinabalu ini? Saya mula menggorek penyebab di sebalik wajah muram mereka sejak tadi. ' Pacik dan macik ini asal dari sebelah pedalaman ( sebuah daerah yg tidak perlu penulis sebut namanya, memadailah disebut sbg sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah ) di Kota Kinabalu ini tinggal rumah anak ( nama tempat anaknya tinggal, juga tidak perlulah penulis nyatakan ). Oh..! Jawab saya ringkas.

Pembantu restoran datang dgn makanan yg telah saya pesan dan yg dipesan utk merekapun, sudah ada dibawa bersama pesanan saya.Belumpun saya pelawa mereka utk menikmati makanan yg sdh terhidang atas meja tempat mereka, tiba2 macik itu bersuara, sebenarnya nak, suara macik itu begitu lembut dan perlahan sekali, jelas ada sesuatu yg meruntun jiwa dan perasaannya, sebenarnya macik dan pacik ini, bercadang mahu duduk lama sedikit di rumah anak, mahu bermesra lama2 dgn cucu2.Pacik yg duduk di sebelahnya hanya duduk diam mendengar sambil sesekali tunduk melihat ke arah bawah.Maklumalah nak, sambungnya lagi.Dia terhenti sambil menarik nafas panjang, kenapa macik? Saya pula tanpa mahu menunggu sambungan ceritanya, terus mendesaknya dgn pertanyaan.Habis kenapa macik dan pacik balik awal? Pertanyaan tersebut jelas membuatkan macik dan pacik itu tidak senang mendengarnya.

' Kami terpaksa balik awal nak' terangnya kepada saya.Macik dan pacik lihat anak dan menantu lelaki macik kelihatan macam tidak senang saja bila macik dan pacik tinggal lama2 di rumah mereka.Setiap hari ada saja yg tidak kena, sambung macik itu lagi, macik dan pacik kuat batuk di waktu malamlah sehinggakan menurut anak macik, sering membuat anak kecilnya terkejut sehingga terjaga di waktu malam.Bukan itu saja nak, pacik yg lelaki itu pula menyambung kisah mereka berdua semasa tinggal di rumah anaknya.Mereka juga sering mengatakan bahawa rumah mereka kelihatan berselerak sejak kami ada di rumah mereka, selain mengatakan sampah kelihatan di sana sini dlm rumah mereka.Mereka sering mengatakan bahawa air dari dalam kamar mandi rumah mereka, sering terpercik keluar ketika kami mandi.Kami juga dikatakan cerewet dalam memilih makanan, sambung pacik itu lagi.Setiap kali dia meneruskan ceritanya, kedengaran nafasnya turun naik.Amat jelas bahawa perasaannya tergores.Begitu juga dgn macik itu.Saya cuba mematikan ingatan mereka sambil mempelawa mereka menikmati makanan yg sudah lama tersedia di atas meja.' Makan, makan kamu pacik, macik '.

Pengalaman ini menimbulkan seribu satu kekesalan dalam hati saya.Siapalah kita jika bukan kerana kedua orang tua terutama sekali ibu yg melahirkan kita ke dunia ini.

Namun ramai antara anak hari ini, telah menidakkan pengorbanan kedua orang tua kepada mereka sedang di waktu kecil kita, usahkan seekor semut dtg mengigit hatta aeekor nyamuk,kedua orang tua khususnya ibu kita, sedaya mungkin mahu menjaga kita daripada mangsa binatang tersebut.

Lebih dikesalkan lagi, ada sesetengah anak yg tidak senang bila kedua orangnya mahu menumpang tidur bermalam sehari dua di rumah mereka.Pelbagai bentuk sindiran kadang2 di tuturkan sedangkan ketika kecil mereka, kedua orang tua telah menetapkan bahawa rumah besar yg mereka bina, adalah utk kepunyaan anak2 kelak tetapi bila anak2 sudah membesar dan mampu membina dan membeli rumah sendiri,ada ketikanya mereka merasa serik bila kedua orang tua datang menziarahi dan bertandang ke rumah mereka.Di mana sebenarnya nilai dan harga pengorbanan kedua orang tua kita terutamanya ibu, yg melahirkan kita ke dunia ini.Sesungguhnya ada sebilangan anak2 hari ini yg tidak lagi memperakukan bahawa ' syurga itu di telapak kaki ibu, sebaliknya lebih mementingkan keperluan sendiri dan anak berbanding mengenang segala pergorbanan kedua orang tua ketika membela mereka semasa kecil....




Saturday 23 August 2014

Upacara Berkabung Menghormati Tragedi MH17, Kenapa Harus Dipolitikkan...


Upacara berkabung sebagai menghormati mangsa tragedi MH17 yg didiadakan pada jumaat lalu, telah berjaya menyatukan sebahagian besar rakyat negara ini.

Bukan setakat berkabung,ucapara menyambut jenazah mereka yg terlibat dlm nahas tersebut yg dibawa balik ke Malaysia utk diserahkan kepada keluarga masing2, telah dilakukan dgn penuh adat istiadat sambutan bagi menghormati para korban dan keluarga mereka.

Namun agak malang dan menyedihkan, bila usaha dan pengorbanan besar kerajaan lakukan utk menyelesaikan masalah berkenaan,muncul pula kenyataan berbaur politik mempersoalkan kewajaran pihak kerajaan melakukan sambutan yg pd mereka ' berlebih-lebihan ' lalu dibandingkan dgn insiden Lahad Datu yg diceroboh oleh pengganas Sulu dan mengorbankan beberapa anggota keselamatan Malaysia.

Beberapa ahli dari AMK.parti keadilan telah mempolitikkan isu ini dan dibahas oleh beberapa orang perwakilan dalam kongres mereka.

Mereka membuat perbandingan mengenai gaya dan cara sambutan yg kerajaan adakan dlm kedua insiden berkenaan.Mereka mendakwa penghormatan yg diberi kepada mangsa2
Tragedi MH17 lebih besar berbanding wira2 Lahad Datu.

Dalam isu ini nampak sangat bahawa parti keadilan sekarang ini sudah ' muflis isu ' hinggakan hal2 yg melibatkan kematian, mereka jadikan sbg bahan utk canang ke hulu ke hilir dgn harapan, rakyat benci lalu menolak kerajaan di bawah kepimpinan Najib dlm pru.akan datang.

Rasionalnya kenapa perlu dijadiakan isu musibah2 yg telah menimpa para mangsa dlm tragedi ini.Pernahkah mereka terfikir dan rasai perasaan keluarga mangsa yg terlibat bila mana insiden ini sudah dijadikan sbg modal politik oleh parti politik tertentu.Bagaimana jika insiden dan musibah ini kena pada batang hidung mereka sendiri, apa perasaan mereka bila ada pihak2 tertentu menjadikannya sbg satu isu politik.

Sewajarnya tidak perlu AMK buat perbandingan mengenai tragedi MH17 dan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.Kita bertanya kepada AMK.apa perlu benda ini dijadikan isu politik?.Dan apa pula perasaan keluarga2 mangsa yg terlibat bila mengetahui upacara sambutan terhadap keluarga mereka yg terlibat dlm nahas ini dipolitikkan?.

Nampak sangat kredibiliti para ahli AMK yg meninmbulkan isu  sangat rendah.Hal2 mengenai kematianpun, mereka ambil ' kredit dan political mileage '.Mereka seperti tidak ada lagi kerja lain selain mencari dan menunggu peluang utk hentam kerajaan, ibarat kata anak2 muda zaman sekarang ' Lu jgn kecoh sangatlah..!

Thursday 21 August 2014

Nakhaie.., ' Pemimpin Ikut-Ikutan '

Bila Tun Mahathir bekas PM mengisthyiarkan penarikan sokongannya terhadap Najib, tiba2 muncul pula Nakhaie bekas presiden YADIM dgn pengumumannya bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO selain melabelkan UMNO sbg parti korup.

Tiada ribut tiada hujan, tiba2 saja Nakhaie membuat pengumuman mengejut ini ( sebenarnya bukan sesuatu yg mengejutpun jika diimbas sejarah perjuangan beliau semasa berada di bawah ketiak PAS ) bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO sekali gus melabelkan UMNO sebagai parti korup.

Atas alasan apa beliau mengumumkan bukan lagi ahli UMNO dan selain memberi gelaran pd UMNO sebagai parti korup, hanya Nakhaie saja yg tahu.

Namun jika dilihat pada sanerio politik semasa, ditambah dengan pengumuman penarikan sokongan Tun Mahathir terhadap Dato Seri Najib,ternyata tindakan yg Nakhaie ini ambil lebih kepada tindakan ' ikut-ikutan '.Apa tidaknya tanpa sebarang alasan rasional dan kukuh, beliau bertindak sedemikian rupa.Pada hal pada satu ketika, beliau sering dijadikan rujukan oleh UMNO dlm membalas dan menjawab setiap kritikan dan persoalan yg ditimbulkan oleh PAS berhubung hukum hakam islam dari prespektif politik.

Memang jelas ketika itu,Nakhaie seperti sudah satu kiblat perjuangan dengan UMNO hinggakan beliau dilantik menerajui sebuah badan dakwah yg dikenali sbg YADIM khusus untuk memantau dan mengawasi perkembangan dakwah islamiah di negara ini.

Kenapa hal ini berlaku.Bagi saya jawapannya mudah saja.Ini berlaku disebabkan oleh penarikan sokongan yg telah Tun Mahathir buat terhadap Najib.Dek kerana mahu menjadi orang pertama yg kononnya berpendirian seperti Tun Mahathir maka Nakhaie juga mengumumkan bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO selain melabelkan UMNO sebagai parti korup yg kelihatannya pemikiran Nakhaie seolah-olah sehaliran dan sama label dgn Tun Mahathir cuma bezanya Tun Mahathir mengkritik Najib secara individu semantara Nakhie pengkritik organisasi UMNO yg dipimpin Najib justeru politik Nakhaie lebih kepada politik ' ikut-ikutan ' tetapi bukan atas prinsip perjuangannya yg sebenar...

Tren Memiliki Kereta Besar Dan Mewah.., Antara Keperluan @ Kemewahan?

Bukan saja kebelakangan ini malah sejak dulu, tren memiliki kereta besar dan mewah ini banyak mempengaruhi dan menjadi pilihan utama para pengguna kenderaan.Bezanya dulu mereka yg ramai memiliki kenderaan besar dan mewah ini, terdiri dari mereka yg berjawatan seperti menteri,ahli perniagaan, dan orang perseorangan yg berkemampuan.

Jarang kita dapati para penjawat awam memiliki kereta besar dan mewah dari jenis yg harganya mencecah sehingga ke ratusan ribu ringgit kecuali kalangan mereka yg berstatuskan ' jusa '.Itupun tidak ramai dan boleh dikira dgn jari bilangannya.

Keadaan itu jauh berbeza hari ini.Hari ini bilangan mereka yg memiliki kereta besar dan mewah ini, semakin bertambah dan ramai.Kebanyakan model kereta yg menjadi pilihan dan diminati adalah jenis yg tertera nama ' King ' di hujungnya. Ninja King dan Super King selain jenama lain seperti Alphard, Vellfire, Nissan Murano, X5,Harrier dan banyak lagi.

Mereka yg mampu memiliki kereta2 besar dan mewah ini, tidak lagi terhad di kalangan para wakil rakyat, menteri,ahli perniagaan dan taukeh balak malah kalangan kontraktor kecilpun, ada sudah yang mampu memiliki jenis kereta yg dimaksudkan.

Kereta2 ini selain harganya mahal, cukai jalan dan insuran jalannya juga mahal.Ini tidak termasuk penyelanggaraannya dan pengunaan minyak petrol atau diesel ketika dipandu menuju ke tempat yg ditujui.

Melihat kepada fungsi dan tujuan sebenar memiliki kenderaan itu, kadang timbul tanda tanya dlm benak kita, adakah tujuan utk memiliki sesuatu kenderaan itu sebagai satu kemudahan atau satu kemegahan?

Saya pernah melihat dan ada pengalaman sekejap di luar negara bagaimana orang2 di negara berkenaan yg kebanyakkannya memiliki kenderaan besar dan mewah, memanfaatkan sepenuhnya kenderaan mereka.Saya melihat di setiap bonet belakang kereta mereka, telah ditambah dgn satu alat pencakuk dgn tujuan sbg penyangkut trak tambahan di belakang kenderaan berkenaan, bagi mengangkut barang2 keperluan perkelahan ke tepi pantai pada  setiap hujung minggu.

Hal ini amat jauh berbeza dgn pengguna kenderaan jenis ini di negara kita.Amat jarang kita lihat, mereka yg memiliki model dan jenis kenderaan yg dimaksudkan, memasang pencangkuk di bonet belakang mereka.Dan nampak jelas bahawa fungsi dan tujuan memiliki kereta besar lagi mewah di negara kita, adalah sebagai satu atau lambang kemewahan, bukan tujuan sebagai keperluan.

Orang kita lebih selesa menggunakan kenderaan besar dan mewah ini utk menghadiri majlis jamuan kahwin, mesyuarat, memenuhi temu2 janji dan yg lebih kerap digunakan bila berbincang mengenai hal2 perniagaan dan projek2 pembangunan.

Menurut presepsi orang kita ( tetapi tidak semuanya bersikap demikian ) kita akan lebih ' Gap ' ( istilah bahasa tempatan dari etnik bajau/samah yg membawa makna ' ada gaya ' ) jika memandu kenderaan besar lagi mewah itu.Tidak cukup dgn kereta besar dan mewah, jam tangan yg dipakai mesti dari jenama Rolek atau jika ada lagi kemampuan mesti jenama ' Rolek King ' tambah GAP jika ada jenama ' king ' lagi di hujung.

Ketika memandu kenderaan berkenaan pula, rasanya seperti kurang lengkap kalau tidak mengenakan cermin mata hitam,ear phone disambung ke lubang telinga selain telepon bimbit mesti atas jenama Samsung.Paling rendahpun Samsung Note 3.Dan kebetulan pula masa ini musim durian yg banyak dijual di siring dan bahu2 jalan maka lebih bergaya lagi jika singgah ke gerai2 jualan buah durian berkenaan sambil memilih durian dari jenis ' musangking '.

Berbalik kepada tujuan memiliki kenderaan besar dan mewah tadi.Kadang2 ada kes berlaku di mana bila orang kita memiliki duit banyak yg diperolehi dari sumber2 ' penganugerahaan sesuatu projek kerajaan ' dgn kos ratusan ribu atau jutaan ringgit.Projek berkenaan dijual atau istilah yg paling popular ' dialibabakan ' kepada kontraktor lain maka setelah memperolehi wang hasil daripada jualan projek tadi maka tanpa berlenggah, wang berkenaan digunakan utk membeli kenderaan besar dan mewah seperti yg dinyatakan di atas.Dan yg mendukacitakan kereta berkenaan bukan tujuannya sebagai keperluan tetapi lebih kepada kemewahan yg cuba dipamerkan kepada jiran2 dan kawan2 serta orang ramai.Lebih malang lagi jika kenderaan berkenaan masih banyak baki hutang di bank2 komersial.

Akhirnya kenderaan yg sepatutnya digunakan sebagai keperluan itu tergelincir tujuannya, sebaliknya digunakan sebagai lambang kemewahan dan kemegahan dengan berpegang pada prinsip ' biar pape asal begaye '....



Wednesday 20 August 2014

PENAMBAHAN ROYALTI MINYAK ,RAKYAT SABAH TERIMA KASIH PADA NAJIB....

Berita baik dan sensasi yg menjadi topik   bualan utama di kebanyakan tempat di Sabah hari ini, adalah kenaikan royalti minyak bagi negeri ini yang diusahakan melalui sebuah syarikat GLC gergasi, petronas.

Tambahan 5 peratus yg diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sabah walaupun tidak memenuhi tuntutan seperti yg dikehendaki sebanyak 20 peratus,ia sedikit-sebanyak melegakan rakyat negeri ini dan mensyukuri nikmat hasil bumi Sabah di bawah bayu ini.

Dengan penambahan ini, tabung kewangan negeri semakin kukuh sekali gus boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pertambahan pembangunan infratruktur negeri Sabah.

Di satu peringkat mungkin ada segelintir pihak yg tidak berpuas hati dengan kadar pertambahan ini kerana ia tidak menepati kehendak 20 peratus seperti mana yg dituntut.

Adalah diyakini bahawa pertambahan 5 peratus ini, bukanlah sesuatu permulaan dan terakhir diberikan kepada negeri Sabah.Sebaliknya jika keadaan ekonomi negara bertambah mantap dan hasil galian  khususnya minyak semakin banyak ditemui dan boleh diterokai di negeri ini, kita yakin dan percaya, kerajaan persekutuan melalui konsep ' menang-menangnya ' akan menambah kadar royalti berkenaan sehingga memenuhi tuntutan yg dipersetujui.

Soalnya sekarang apa yg perlu rakyat Sabah zahirkan kepada BN selaku parti pemerintah yg sering mendesak kerajaan persekutuan agar tuntuan ini dapat dipenuhi.Kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Musa sebagai Ketua Pentadbirnya,berjaya menyampaikan hasrat sebilangan besar  rakyat negeri ini kepada kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak walaupun kadar yg dituntut belum mampu dipenuhi sepenuhnya.

Sebagai rakyat yg bermastautin di negeri ini,pertambahan royalti minyak tersebut, setidak-tidaknya dapat dirasai tempiasnya walaupun tidak secara langsung tetapi manfaatnya boleh dirasai dalam kelangsungan bidang pendidikan anak2 khusus melalui pemberian biasiswa,penambahbaikan insfratruktur pendidikan terutama sekali sekolah2 di luar bandar selain kemudahan2 ict yg ternyata lebih banyak keperluannya di negeri ini.

Juga suara2 sumbang yg penuhi emosi dan sensitif seperti membawa Sabah keluar daripada Malaysia, kalaupun masih lg kedengaran tetapi tonenya sudah berkurangan dan  Sabah terus berada dalam Malaysia selamanya.....

Lodo Porok

Cili kecil tp sangat pedas rasanya....