LodoPorok

LodoPorok

Friday 19 September 2014

" Peraliahan Kuasa Ketua Menteri Sabah, Satu Usaha Tidak DiRestui Dan Tidak Tepat Pada Masanya :...

Tiba-tiba tarikh 10 julai 2014,menjadi seperti satu igauan kepada majoriti pemimpin UMNO Sabah khususnya di kalangan Ketua-ketua UMNO bahagian.

Tanpa taufan,badai dan gempa bumi,jawatan Ketua Menteri Sabah yang disandang oleh YAB.Datuk Seri Pangalima Musa Aman, tiba-tiba mahu diambilalih dan dipindahkan  kepada pemimpin lain melalui apa yang diistilahkan oleh golongan berkenaan sebagai proses ' Peralihan Kuasa '.

Rombongan tanpa restu sebahagian besar 25 orang ketua UMNO bahagian Sabah ini, telah membuat kunjungan dan perjumpaan dengan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri yg juga Presiden UMNO, atas alasan mahu berbincang dgn YAB.Perdana Menteri berhubung dengan penjanaan projek sosio-ekonomi dan pembangunan bagi negeri Sabah.

Rombongan yang dianggotai oleh seramai 8 orang ketua UMNO bahagian dari Sabah itu, bukan berfokus sebenarnya kepada tujuan asal perjumpaan tersebut, sebaliknya perjumpaan itu telah dimanupulasi oleh beberapa orang anggota rombongan dengan mengemukkan pelan cadangan ' peralihan kuasa ' Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri.

Perbuatan ini mengejutkan beberapa orang Ketua UMNO bahagian yang turut serta dalam rombongan berkenaan yang sekali gus mengundang tanda tanya mereka di sebalik yang berlaku.

Kejutan berkenaan mengundang Ketua UMNO bahagian Beluran Datuk James Ratib, dan Pemimpin UMNO Pitas yang juga seorang pembantu menteri dalam kabinet Musa, Datuk Bolkiah Ismail tampil membuat kenyataan dalam akhbar harian daily express keluaran 20 september 2014 ( hari ini ),bahawa mereka tidak tahu tujuan sebenarnya perjumpaan dengan Perdana Menteri  itu.Sebaliknya yg ada dalam pengetahuan mereka adalah perbincangan mengenai hal ehwal ekonomi dan projek-projek pembanguanan di negeri Sabah.

Dilihat dari dimensi lain, apa kewajarannya peralihan kuasa pada ketika ini dilakukan.Apakah YAB Datuk Seri Musa Aman, selaku Ketua Menteri Sabah, tidak punya trek rekod baik dalam menjana ekonomi, memacu pembangunan dan menstabilkan politik negeri Sabah hari ini?

Musa sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 mac 2003 menggantikan Datuk Chong Kah Kiat melalui sistem penggiliran Ketua Menteri, telah bersiapsiaga dengan menyediakan satu agenda dan kerangka ' Hala Tuju ' bagi membangunkan negeri Sabah.

Teras kepada kerangka dan agenda hala tuju yg telah Musa gariskan, mencakupi industri pertanian, pelancongan dan pembuatan yang akhirnya hala tuju berkenaan telahpun dapat dimanfaatkan oleh sebilangan besar rakyat Sabah hari ini.

Langkah pro-aktif awal Musa sebaik dilantik sebagai KM.Sabah yg ke14,beliau telah berjaya  mendapatkan dana dari kerajaan pusat sebanyak rm1.4 billion bagi menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang sebilangan besar rakyat Sabah boleh manfaatkan hari ini.Dan kerana sikap efisensi yg ada pada kerajaan BN Sabah di bawah pimpinan Musa,penyiapan kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang berkenaan telah dapat dipercepatkan daripada tarikh siap sebenar.Dan seharusnya Musa diberikan kredit atas usaha beliau ini.

Begitu juga trek rekod Musa dalam industri pembuatan.Pada tahun 2006 setelah memegang jawatan KM.selama tiga tahun, Musa telah berjaya meyakinkan para pelabur asing melalui Kerajaan negeri untuk melabur di Sabah yg akhirnya berjaya meraih nilai pelaburan sebanyak rm 4.9 billion.Dan dengan pelaburan ini, penjanaan ekonomi bertambah rancak di negeri ini justeru di mana rasionalnya Musa perlu diganti?

Begitu juga dalam industri pertanian seperti mana yg telah beliau gariskan melalui agenda hala tuju negeri Sabah.Pengwujudan POIC ( Palm Oil Industrial Clusters ) yg telah Musa ilhamkan, mampu mengangkat industri pertanian dalam rantaian pasaran komoditi yang berdayasaing.Jadi apa keperluaan beliau diganti pada saat-saat UMNO dan BN yang menagihkan solidiriti setiap ahli UMNO dalam menghadapi situasi yg semakin hari semakin mencabar ini.

Bahkan trek rekod Musa dalam mengetuai bala tentera UMNO/BN ketika menghadapi pilihanraya umum ke13 lalu, hampir dapat melakukan ' clean sweep ' di negeri ini, sehinggakan dlm era kepimpinan Datuk Musalah timbul istilah ' fixed deposit ' oleh UMNO dan BN pusat, jadi di mana logiknya beliau mahu di kesampingkan dlm isu ' transaction power ' ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.Kalaupun ada cadangan ataupun niat yg diperolehi secara ' Konsensus ' daripada para ketua UMNO bahagian,pengerusi-pengerusi parti  komponen BN Sabah, mahu menggantikan Musa masanya bukan hari ini, esok atau lusa.Sabar-sabarlah dulu kerana kerusi empuk KM itu tiada sesiapa yg akan membawanya lari mahupun cuba menyembunyi atau mencurinya.Masanya belum tiba.Tunggulah sehingga pru14 akan datang.

Berilah dulu Musa peluang utk melangsaikan kerja-kerja yg belum beliau berkesempatan utk menyelesaikannya.Pemikiran rakyat khususnya anak-anak muda hari ini, lebih spektikal, mereka mampu melihat dan menilai seseorang pemimpin itu.Zaman ini bukan lagi seperti zaman dulu." Ku yang dulu bukannya yang sekarang,dulu ditendang sekarangku disayang, dulu-dulu kumenderita, sekarang aku bahagia ", justeru bukan masanya peralihan kuasa dilakukan sekarang, tunggu bunyi wisel yg akan ditiup oleh PM yg juga presiden UMNO dan Barisan Nasional.....

  

1 comment:

  1. Denga bersandarkan pendapat DSSK bahawa “pandangan dan perselisihan pandapat ada lah lumrah dan ia nya berlaku dalam mana-man organisasi, kelompok dan individu kerana tidak semua dilahirkan dengan tahap pemikiran yang sama” maka saya kurang setuju dengan pandangan Denakan Lamkin sikah agar Datuk Musa Aman dikekalkan sebagai Ketua Menteri.
    Secara am nya, saya terima kenyataan bahawa Musa Aman pernah menyumbang khidmat dalam memajukan negeri Sabah dalam sektor industri pertanian, pelancongan dan juga pembuatan selaras dengan Hala-Tuju beliau.
    Namun selaku pemimpin agung sesebuah negeri, seseorang Ketua Menteri itu sepatutnya menjauhkan diri dari terbabit dengan aktiviti yang berbaurkan skandal disamping kritikan yang amat susah dibendung (walaupun pada hakikatnya beliau nafikan beliau terlibat)… Kerana isu-isu saperti ini telah banyak menjatuhkan pemimpin-pemimpin di luar negara.
    Antara lain, skandal yang dimaksudkan ada lah saperti berikut;
    1) Skandal penyeludupan wang dan pengubahan wang haram $16 juta wang seludup yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
    2) UBS AG mengeluarkan penyata bank yang jelas menunjukkan bahawa anak lelaki Musa, Mohammed Hayssam Musa dan Hazem Musa Hazem Mubarak penerima tetap pengubahan wang haram yang dikirimkan dari akaun syarikat-syarikat yang Chia yang berdaftar di British Virginia.
    3) Komplen bertajuk “81 DALIL KENAPA MUSA AMAN HILANG KELAYAKAN MENJADI KETUA MENTERI SABAH” (http://sabah-report.blogspot.com/p/dalil-k-eenam-puluh-satu-telah.html)
    Selain dari itu Musa Aman gagal merancang satu skim yang boleh membendungkan permasalahan pengangguran belia diSabah…Dalam masa yang sama, program Koridor Pembangunan Sabah tidak membantu memberi peluang belia tempatan sapertimana yang beliau diwar-warkan.
    Disamping itu, Musa Aman sebagai Ketua Menteri juga gagal membendungkan kumpulan rakyat Sabah yang membawa Sabah Keluar dari Malaysia…Beliau hanya sekadar mengeluarkan kenyataan disurat-surat khabar tanpa berusaha bertemu sendiri dengan kumpulan itu untuk tujuan berbincang perkara-perkara yang boleh mengurangkan ketegangan.
    At last but not least, beliau tidak dapat mengawal pemimpin-pemimpin UMNO Sabah sendiri sehingga mereka bertemu dengan Perdana Menteri bahawa Musa tidak berlaku adil terhadap pengagihan projek dan pembangunan yang seimbang dikalangan kaum di Sabah.

    ReplyDelete