LodoPorok

LodoPorok

Monday 14 December 2015

Muhyiddin Dan Shafie - ' Terjerat dek angkara sendiri '

Sejak gugur dari menganggotai kabinet baru yang dibentuk semula oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 28 julai 2015,Muhyiddin dan Shafie sering dilihat bersama dalam majlis-majlis politik yang dianjurkan sama ada oleh NGO mahupun kumpulan-kumpulan tertentu.

Kehadiran mereka dalam majlis-majlis berkenaan setidak-tidaknya mampu menjadi daya penarik kehadiran audien bagi memeriahkan majlis yang diadakan.

Dalam pada itu apa yang cuba penulis garap dan cerna melalui paparan ini, adalah faktor penyebab atas penguguran kedua bekas anggota kabinet kanan ini sehingga Najib ' habis hati ' tidak melantik mereka semula.

Mengimbas kembali kronologi sebelum kedua tokoh ini tidak terlantik semula dalam kabinet baru Najib tahun 2015,bila munculnya berita dari Sarawak report dan wall street journal tentang isu 1MDB yang dikatakan mengalami kerugian berbillion ringgit disebabkan oleh ketidaktuntasan tadbirurusnya yang dilantik oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib.

Rentetan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Sarawak report,wall street journal dan ditokoktambah oleh parti pembangkang khususnya DAP dan Keadilan maka beberapa kalangan anggota kabinet yang diketahui memang rapat dgn Perdana Menteri,termasuk Dato Dr.Zahid Hamidi tampil dgn suara lantang membela ' bosnya '.

Sebaliknya Muhyiddin atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam kabinet Najib,bernada tidak selari dengan apa yang disuarakan oleh Zahid dalam membela bosnya.

Beberapa hari selepas itu pula,Datuk Shafie mengeluarkan kenyataan dan yang  menghairankan, nada beliau selari dengan nada Muhyiddin sedangkan umum mengetahui bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin yang rapat dengan Dato Seri Najib dan pernah bekerja di bawahnya.

Pada pemerhatian penulis,di sinilah bermulanya episod Muhyiddin dan Shafie ' terjerat oleh jerat yang dipasang sendiri '. Kalau merujuk kepad pepatah orang-orang cina, ' di mana berlakunya krisis di situ wujudnya peluang '. Pepatah ini telah mendorong kedua pemipin ini mencatur masa depan politik masing-masing kerana ' yang ditunggu dah tiba ' ( memetik sebahagian daripada lirik lagu allahyarham Tan Sri P.Ramlee ) dan ' Kalau bukan kita siapa lagi,kalau bukan sekarang bila lagi?.

Percaturan politik kedua pemimpin ini begitu mudah dibaca.Pertama dengan bertambah mengeleggaknya isu 1MDB dan tampilnya mantan perdana Menteri Tun Mahathir mengkritik dan mendesak Najib untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri maka sudah tentulah ruang dan peluang Muhyiddin naik sebagai orang nombor wahid ( satu ) terbuka amat luas dan jawatan Perdana Menteri TATAP dalam tangan.

Semantara Datuk Seri Shafie Afdal pula,jika Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin naik sebagai orang nombor satu ( Perdana Menteri ) memetik bahasa salah satu etnik Sabah ' ampai-ampai ' jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam tangan.

Hal ini Najib dan anggota kabinet lain yang pro-Najib terutama sekali Zahid Hamidi tahu apa yg bakal berlaku.Maka mereka juga tidak duduk diam, sebaliknya mempertahankan setiap inci bumi putrajaya jangan sampai jatuh ke tangan orang lain.

Ikrar dan sumpah taat setia yang dilafazkan oleh anggota kabinet pro-Najib ini sekali gus berjaya melancarkan aliran ' darah kepahlawanan Bugis ' dalam tubuh Najib sehingga tercetus nada ' no retreat no surrender ' dari bibir beliau dan sanggup ' patah sayap bertongkat paruh ' daripada mengalah dan menyerah.

Dan langkah awal yang Najib ambil ialah dengan menguggur Muhyiddin dan Shafie daripada  menanggotai kabinet baru yg beliau bentuk semula pada 28 julai lalu, selain melantik beberapa orang panglima baru sebagai langkah memperkemaskan benteng kerajaan,UMNO dan Najib sendiri.Ini termasuklah melantik Yang Berhormat Senator Datuk Seri Panglima Dr.Salleh Said Keruak memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, di mana umum mengetahui bahawa individu ini mahir dan cekap mendepani persilatan politik yg mempunyai viarasi bunga dan warna.Ini terbukti setiap kali timbul kritikan terhadap kerajaan dan Najib maka dialah salah seorang menjadi benteng di barisan hadapan menjawab segala kritikan yg ditimbulkan.

Pada masa sama Muhyiddin,Shafie dan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad pasti tidak akan duduk diam, sebaliknya terus-menerus mengkritik pentadbiran Najib selain mendesaknya untuk meletak jawatan walaupun jerat yang Muhyiddin dan Shafie pasang  memerangkap tuannya sendiri tetapi kumpulan ini akan terus mendesak dan mendesak sehingga Najib mahu meletak jawatan...

 

No comments:

Post a Comment