tag:blogger.com,1999:blog-57024088150846474322024-03-13T08:30:02.046-07:00Lodo PorokAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.comBlogger20125tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-3058432763967395062016-01-01T17:21:00.001-08:002016-01-01T19:34:07.728-08:00 Antara Bukit Nabila Dan Usukan....
Kepada rakan2 maya lodoporok,saya sedang membuat beberapa kajian perbandingan melalui beberapa kaedah dan pendekatan, bagi mendapatkan sebanyak mungkin informasi yang akan dijadikan bahan rujukan sebagai pengisian kepada penulisan blog di atas yg akan dipaparkan sedikit masa lg.Blog ini mencakupi pelbagai dimensi dan prespektif sebagai pendedahan kepada rakyat yg perlu tahu kekuatan dan kelemahan pemimpin yg mewakili mereka....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-49180768997675820902015-12-29T16:34:00.001-08:002015-12-29T16:49:51.644-08:00Cerpen - ' USIA SENJA MENGGAMIT RASA '
Setiap kali bebola mataku lontar ke permukaan dinding,ia tidak pernah teralih pengelihatannya ke arah sekeping kalendar usang yg tergantung di suatu sudut kamar tidurku.Dan setiap kali aku terlihat tanggal hujung tahun yg tercatat menghiasi lembaran kalendar yang hanya tinggal dua helaian itu,persaanku bagai disiat dan hela nafasku seperti tersumbat.

Dengan terlerainya dua keping helaian kalendar itu dalam jangka masa dua hari lagi,ini bererti tahun 2015 bakalku lewati dan kakiku bakal menginjak tahun 2016 yang tidak pernah berjanji dengan sesiapa akan untung nasib diri dan keluarga masing-masing.

Aku benar-benar terasa bungkam.Sementelahan lewat waktu-waktu usiaku begini,aku sering dicengkam rasa kurang sihat,mudah lelah dan ada ketikanya tidak mampu lena malam kerana diri telah dimamah usia.

Sesekali sengaja kualihkan pandangan untuk mencari sesuatu yang lebih menarik dari dalam ruang kamar tidurku, namun pengelihatanku sering saja terhenti pada dua helaian lembaran terakhir kalendar itu.Dalam benakku, dua helaian lembaran paling akhir lembaran kalendar untuk tahun 2015 itu paling bernilai dan berharga kurasakan dalam diri, bagiku untuk menelusuri perjalanan hidup seterusnya.

Tanpa disedari,tiba-tiba terasa ada bebuih seperti manik-manik terkeluar dari kedua kelopak mataku.Aku jadi sebak menanggis sehingga terisak-isak.Aku terasa teramat sedih berpisah dengan tahun 2105 yang telah banyak memuhasabahkan diriku utk menjadi sebagai seorang insan kerdil yg sabar dan tabah menghadapi setiap hambatan dan cabaran hidup.

Tahun yg telah mendewasakan diriku menghadapi hidup penuh susah payah,pahit jerih dan penuh onak duri.Namun segalanya mampu kugagahi mendepaninya dengan penuh redah Illahi.Aku benar-benar risau berpisah dengan tahun keramat bagiku itu.

Air mataku semakin membuak keluarnya bila mengimbau kembali suka duka perjalanan hidup yang kulalui sepanjang tahun 2015 biarpun ada ketikanya aku masih mampu utk tersenyum walaupun tiada siapapun pernah mengerti dan memahami bahawa senyumku itu sebenarnya adalah puitis pada suatu tangisan.

Sesekali lamunan kutersekat seketika oleh suara dehem dan batuk kecil isteri yang sedang mengemas ruang tamu rumah setelah kehadiran cucu-cucu yang manja dan nakal ketika cuti hujung minggu lalu.Rasa rindu ada kalanya datang mencuit rasa mengenang mereka yg duduk berasingan rumah denganku.Almaklum mereka juga memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa masing-masing walaupun jika dituruti kehendak hati,mahu saja kuarahkan isteri untuk mengambilalih tugas pengasuh cucu-cucu kesayanganku tanpa meminta apa-apa bayaran utk mengasuh mereka.Tetapi anak dan menantuku tidak mengizinkan.

Mengenang semua ini,aku bertambah resah dan semakin gundah.Kotak fikirku semakin berkecamuk.Suhu badan semakin terasa naiknya.Tiba-tiba lamunanku terhenti oleh ketukan pintu bilik tidur kamarku. ' Buka pintu ' suara isteriku mematikan seketika hayalanku. ' Abang belum bangkit lagi,kalau iapun berangan, bergeraklah dulu dari tempat tidur tu ' isteriku meninggikan intonasi suaranya sedikit. ' Ala awak ini,sedikitpun rasa tak senang melihat orang dok melayan perasaan ' aku melawak sedikit pada mak Waty isteri kesayanganku. ' Ya lah tu, layanlah perasaan awak tu..! Dia tak jadi masuk ke kamar tidurku.Kedengaran derap langkahnya meninggalkan ruang depan pintu kamar tidurku.

Lamunan kubertaut kembali,kotak mindaku mula mengumpul episod hayalan yang tesekat sebentar tadi.

Benak dan perasaanku kembali diburu rasa risau,risau serisau-risaunya, menyambut kehadiran tahun 2016 yang tidak pernah menjanjikan pahit manis kehidupan yang bakal dilalui.

Kulontar kembali bebola mata ke arah dinding kamar tidurku.Kali ini kufokus pengelihatanku ke arah jam dinding. ' Astagfirullah alaziimm...! rupanya waktu zohor dah semakin hampir.Jarum jam panjang yg tergantung di permukaan dinding sudah melewati angka dua belas.Aku cepat-cepat bingkas lalu menuju ke kamar mandi.Aku membersihkan diri lalu mengambil wudhu utk menyempurnakan solat zohor.Di akhir solatku,aku menitipkan doa pada Illahi " Ya Allah Ya Robbi Berkatilah Kehidupanku,Sempurnakanlah Imanku,Permudahkanlah setiap Urusanku,Ketika kutelusuri sepanjang perjalanan hidupku menjelang tahun-tahun mendatang,sesungguhnya kepadaMu Ya Allah aku memohon dan mengharap segala RedhaMu sehingga aku kau matikan dalam Keimanan,Aminnn Ya Rabbul Alaminnn "....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-23622129287134177972015-12-28T14:41:00.001-08:002015-12-28T14:41:38.417-08:00Mengimbau Kecapaian 2015 - " Menajam Azam 2016 "
1. Dalam jangka masa dua hari lagi,terkuaklah jendila tahun 2016.

2.Kedatangan tahun baru ini,merupakan satu manifestasi hijarah sama ada pada individu itu sendiri,keluarga dan kelompok masyarakat sekelilingnya.

3.Sudah menjadi semacam satu tren kepada masyarakat hari ini,setiap kali menjelangnya tahun baru,dicanangkan pelbagai azam dan matlamat baru dalam hidup.

4.Mereka yang kurang produktif dlm apa juga aspek,menanam azam utk lebih produktif,mereka yang pasif berazam utk lebih proaktif dalam setiap gerak-geri dan tindakan.Bahkan lebih banyak lagi aspek dalam kehidupan cuba di martabatkan seiring dengan kehadiran tahun baru yang dianggap lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya.

5.Keinginan dan kemahuan seperti ini, sudah amat sinonim kedengarannya pada halwa telinga dan tiada sesuatu kelainan daripada kebiasaan yang kedengaran.

6.Barangkali ini adalah salah satu naluri yang ada dalam diri manusia itu.Natijahnya setiap sesuatu yg baru itu,semua orang ' NAK..!

7.Apapun itu bukanlah persoalan yang mahu dicerna dalam penulisan ini.Sebaliknya apa yang cuba digarap dan lontarkan,sejauh mana kecapaian diri kita sebagai individu sebelum menutup tingkap tahun 2015 yang hanya tinggal dua hari saja lagi dan selepas itu maka menguaklah jendila tahun 2016.

8.Apakah kita masih lagi lena dibuai mimpi azam tinggal azam atau azam yg telah menjadi tajam hatta azam sekadar ' zam-zam ala kazam ' tanyalah pada selera masing-masing...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-61980918180092689322015-12-14T15:37:00.001-08:002015-12-14T15:38:55.361-08:00Muhyiddin Dan Shafie - ' Terjerat dek angkara sendiri '
Sejak gugur dari menganggotai kabinet baru yang dibentuk semula oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 28 julai 2015,Muhyiddin dan Shafie sering dilihat bersama dalam majlis-majlis politik yang dianjurkan sama ada oleh NGO mahupun kumpulan-kumpulan tertentu.

Kehadiran mereka dalam majlis-majlis berkenaan setidak-tidaknya mampu menjadi daya penarik kehadiran audien bagi memeriahkan majlis yang diadakan.

Dalam pada itu apa yang cuba penulis garap dan cerna melalui paparan ini, adalah faktor penyebab atas penguguran kedua bekas anggota kabinet kanan ini sehingga Najib ' habis hati ' tidak melantik mereka semula.

Mengimbas kembali kronologi sebelum kedua tokoh ini tidak terlantik semula dalam kabinet baru Najib tahun 2015,bila munculnya berita dari Sarawak report dan wall street journal tentang isu 1MDB yang dikatakan mengalami kerugian berbillion ringgit disebabkan oleh ketidaktuntasan tadbirurusnya yang dilantik oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib.

Rentetan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Sarawak report,wall street journal dan ditokoktambah oleh parti pembangkang khususnya DAP dan Keadilan maka beberapa kalangan anggota kabinet yang diketahui memang rapat dgn Perdana Menteri,termasuk Dato Dr.Zahid Hamidi tampil dgn suara lantang membela ' bosnya '.

Sebaliknya Muhyiddin atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam kabinet Najib,bernada tidak selari dengan apa yang disuarakan oleh Zahid dalam membela bosnya.

Beberapa hari selepas itu pula,Datuk Shafie mengeluarkan kenyataan dan yang menghairankan, nada beliau selari dengan nada Muhyiddin sedangkan umum mengetahui bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin yang rapat dengan Dato Seri Najib dan pernah bekerja di bawahnya.

Pada pemerhatian penulis,di sinilah bermulanya episod Muhyiddin dan Shafie ' terjerat oleh jerat yang dipasang sendiri '. Kalau merujuk kepad pepatah orang-orang cina, ' di mana berlakunya krisis di situ wujudnya peluang '. Pepatah ini telah mendorong kedua pemipin ini mencatur masa depan politik masing-masing kerana ' yang ditunggu dah tiba ' ( memetik sebahagian daripada lirik lagu allahyarham Tan Sri P.Ramlee ) dan ' Kalau bukan kita siapa lagi,kalau bukan sekarang bila lagi?.

Percaturan politik kedua pemimpin ini begitu mudah dibaca.Pertama dengan bertambah mengeleggaknya isu 1MDB dan tampilnya mantan perdana Menteri Tun Mahathir mengkritik dan mendesak Najib untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri maka sudah tentulah ruang dan peluang Muhyiddin naik sebagai orang nombor wahid ( satu ) terbuka amat luas dan jawatan Perdana Menteri TATAP dalam tangan.

Semantara Datuk Seri Shafie Afdal pula,jika Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin naik sebagai orang nombor satu ( Perdana Menteri ) memetik bahasa salah satu etnik Sabah ' ampai-ampai ' jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam tangan.

Hal ini Najib dan anggota kabinet lain yang pro-Najib terutama sekali Zahid Hamidi tahu apa yg bakal berlaku.Maka mereka juga tidak duduk diam, sebaliknya mempertahankan setiap inci bumi putrajaya jangan sampai jatuh ke tangan orang lain.

Ikrar dan sumpah taat setia yang dilafazkan oleh anggota kabinet pro-Najib ini sekali gus berjaya melancarkan aliran ' darah kepahlawanan Bugis ' dalam tubuh Najib sehingga tercetus nada ' no retreat no surrender ' dari bibir beliau dan sanggup ' patah sayap bertongkat paruh ' daripada mengalah dan menyerah.

Dan langkah awal yang Najib ambil ialah dengan menguggur Muhyiddin dan Shafie daripada menanggotai kabinet baru yg beliau bentuk semula pada 28 julai lalu, selain melantik beberapa orang panglima baru sebagai langkah memperkemaskan benteng kerajaan,UMNO dan Najib sendiri.Ini termasuklah melantik Yang Berhormat Senator Datuk Seri Panglima Dr.Salleh Said Keruak memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, di mana umum mengetahui bahawa individu ini mahir dan cekap mendepani persilatan politik yg mempunyai viarasi bunga dan warna.Ini terbukti setiap kali timbul kritikan terhadap kerajaan dan Najib maka dialah salah seorang menjadi benteng di barisan hadapan menjawab segala kritikan yg ditimbulkan.

Pada masa sama Muhyiddin,Shafie dan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad pasti tidak akan duduk diam, sebaliknya terus-menerus mengkritik pentadbiran Najib selain mendesaknya untuk meletak jawatan walaupun jerat yang Muhyiddin dan Shafie pasang memerangkap tuannya sendiri tetapi kumpulan ini akan terus mendesak dan mendesak sehingga Najib mahu meletak jawatan...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-16713685523856083162015-12-12T17:56:00.001-08:002015-12-12T17:56:14.371-08:00" Pemimpin UMNO - Khalifah Rakyat Perlu Berjiwa Besar "
1.Ungkapan ' berjiwa besar ' seperti satu ole-ole yang bakal dibawa pulang ke negeri dan bahagian masing-masing oleh para perwakilan perhimpunan Agong UMNO 2015 sebaik melangkah keluar dari dewan merdeka PWTC semalam.

2.Ungkapan keramat yang tersembul keluar dari bibir merah delima YAB.Dato Seri Najib Razak ketika menggulung ucapan dasar beliau semalam,bukan sekadar signifikasi tentang kerendahan hati budi beliau dalam mencari titik persamaan dari kalangan saf kepimpinan UMNO, malah ia merupakan satu isyarat jelas bahawa sesuatu tidakkesamarataan itu boleh membawa pulangan ' yg kalah jadi arang dan yg menang jadi abu ' di mana akhirnya musuh mampu menaguk di air yang keruh.

3. Ungkapan yg mampu menyebabkan sebilangan besar perwakilan terasa sebak sehingga ada yg kelihatan terisak-isak menangis,merupakan satu manifestasi kemuhasabahaan diri bahawasanya UMNO menuntut setiap ahlinya wajib bersatu padu tanpa perlu berkelahi antara satu sama lain.

4.Institusi melayu yg bertunjangkan islam sebagai pemudahcara survival politiknya, perlu dipertahankan setiap inci kredibiliti dan maruahnya agar tidak mudah diinjak,cerca dan perkotakatikkan oleh musuh-musuh politik yg mahu melihatnya rebah sehingga terbenam di bumi Malaysia sendiri.

5.Maka adalah menjadi tanggungjawab yang amat besar dan berat kepada semua ahli UMNO untuk sama-sama menyinsing lengan baju mempertahankan kedaulatan parti keramat ini agar terus relevan dan mampu bersaing dgn lain-lain institusi, seiring dengan semangat JIWA BESAR yg telah presiden parti bekalkan kepada para perwakilan sebelum mereka meninggalkan dewan meredeka pwtc semalam....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-77901013500908336352015-07-30T00:11:00.001-07:002015-07-30T00:11:53.532-07:00" PENJERNIHAN TERHADAP PERSEPSI NEGATIF KEPERLUAN DALAM MEMPERTAHANKAN KUASA POLITIK " ( lamdinsikah sikah@lodoporok )
1. Persepsi adalah molekul yg mampu mempertahan atau meroboh tembok kuasa sesebuah kerajaan atas paradigma demokrasi.

2.Tetapi utk menterjemah sesuatu persepsi yg negatif kepada positif,satu perkara yg bukan mudah, semudah menyungah kacang goreng sambil menonton perlawanan bola sepak dlm stadium.

3.Dan dari konteks fisionya,manusia lebih teruja berpersepsi negatif dlm sesuatu perkara berbanding positif kerana pertentangannya persepsi negatif itu, lebih sensasi kepada penutur dan penerimanya berbanding hal-hal positif yg begitu mudah hilang dlm ingatan para pendengarnya lantaran tidak menarik dan kurang sensasi.

4.Kebergantungan pada teori ini maka dipaparkan satu sample mengenai pilihanraya bagi memilih presiden baru Amerika Syarikat pada tahun depan ( 2016 ).

5.Hilary Clinton pada mulanya dianggap sebagai calon parti demokrat yg paling popular,kini tersadung dalam skandal menggunakan emel peribadi ketika beliau menjawat jawatan ' secretary of state ' di rumah putih.

6.Dalam satu sidang akhbar yg Hilary anjurkan bagi menafikan skandal itu,penafian yg beliau buat tampak sesuatu yg telah dirancang awal dengan bahasa tubuh yg sangat defensif.

7.Insiden ini telah menimbulkan persepsi negatif kepada sebilangan besar rakyat Amerika terhadap kredibiliti Hilary Clinton sama ada beliau bercakap benar atau sebaliknya.

8.Hal ini mengakibatkan populariti Hilary Clinton merudum dalam punggutan suara yg dianjurkan oleh media antarabangsa sekali gus menyempitkan ruang dan peluang Hilary untuk menjadi calon demokrat dalam pertembungan dua hala bagi menentukan presiden baru tahun depan 2016.

9. Mengambilkira sample di atas,jom kita beralih fokus kepada landskap politik negara.

10.Dalam masa tiga ke empat hari ini, bunga-bungaan yg menghiasi landskap politik Malaysia telah diserang oleh makluk-makluk perosak dengan pelbagai dakyah dan persepsi negatif.

11. Bermula dgn isu yg dianggap besar seperti 1MDB dan pengugguran Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri dalam pembentukan kabinet baru Dato Seri Najib,bunga-bungaan persepsi negatif terhadap Najib bertambah mekar tetapi tidak mewangi.

12. Bahkan jika dibiarkan dan tidak dijaga dengan rapi akhirnya bunga-bungaan yg menghiasi  lanskap politik Malaysia akan ditumbuhi lalang miang yg boleh menyebabkan rasa gatal bila tersentuh pada kulit.

13. Akhirnya dlm pembentukan kabinet beberapa hari lepas Najib nekad melantik Datuk Seri Dr.Salleh Tun Said Keruak menganggotai kabinet barunya dengan memberikan beliau tanggungjawab memimpin kementerian Komunikasi dan Multimedia dgn harapan segala pengalaman yg ada pada pemimpin ini selain ketajaman pemerhatiannya, mampu menjernihkan persepsi-persepsi negatif terhadap kerajaan dan Dato Najib sendiri.Doa dan harapan seluruh rakyat Malaysia sentiasa bediri teguh dibelakang kerajaan akan mengiringi perjuangan pemimpin ini,insyallah...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-80466205538030559302014-09-23T01:02:00.003-07:002014-09-23T01:02:47.032-07:00Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-2208139472725462532014-09-23T01:02:00.001-07:002014-09-23T01:02:43.255-07:00Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-53709461271805575562014-09-19T22:22:00.001-07:002014-09-19T23:57:44.454-07:00" Peraliahan Kuasa Ketua Menteri Sabah, Satu Usaha Tidak DiRestui Dan Tidak Tepat Pada Masanya :...
Tiba-tiba tarikh 10 julai 2014,menjadi seperti satu igauan kepada majoriti pemimpin UMNO Sabah khususnya di kalangan Ketua-ketua UMNO bahagian.

Tanpa taufan,badai dan gempa bumi,jawatan Ketua Menteri Sabah yang disandang oleh YAB.Datuk Seri Pangalima Musa Aman, tiba-tiba mahu diambilalih dan dipindahkan kepada pemimpin lain melalui apa yang diistilahkan oleh golongan berkenaan sebagai proses ' Peralihan Kuasa '.

Rombongan tanpa restu sebahagian besar 25 orang ketua UMNO bahagian Sabah ini, telah membuat kunjungan dan perjumpaan dengan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri yg juga Presiden UMNO, atas alasan mahu berbincang dgn YAB.Perdana Menteri berhubung dengan penjanaan projek sosio-ekonomi dan pembangunan bagi negeri Sabah.

Rombongan yang dianggotai oleh seramai 8 orang ketua UMNO bahagian dari Sabah itu, bukan berfokus sebenarnya kepada tujuan asal perjumpaan tersebut, sebaliknya perjumpaan itu telah dimanupulasi oleh beberapa orang anggota rombongan dengan mengemukkan pelan cadangan ' peralihan kuasa ' Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri.

Perbuatan ini mengejutkan beberapa orang Ketua UMNO bahagian yang turut serta dalam rombongan berkenaan yang sekali gus mengundang tanda tanya mereka di sebalik yang berlaku.

Kejutan berkenaan mengundang Ketua UMNO bahagian Beluran Datuk James Ratib, dan Pemimpin UMNO Pitas yang juga seorang pembantu menteri dalam kabinet Musa, Datuk Bolkiah Ismail tampil membuat kenyataan dalam akhbar harian daily express keluaran 20 september 2014 ( hari ini ),bahawa mereka tidak tahu tujuan sebenarnya perjumpaan dengan Perdana Menteri itu.Sebaliknya yg ada dalam pengetahuan mereka adalah perbincangan mengenai hal ehwal ekonomi dan projek-projek pembanguanan di negeri Sabah.

Dilihat dari dimensi lain, apa kewajarannya peralihan kuasa pada ketika ini dilakukan.Apakah YAB Datuk Seri Musa Aman, selaku Ketua Menteri Sabah, tidak punya trek rekod baik dalam menjana ekonomi, memacu pembangunan dan menstabilkan politik negeri Sabah hari ini?

Musa sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 mac 2003 menggantikan Datuk Chong Kah Kiat melalui sistem penggiliran Ketua Menteri, telah bersiapsiaga dengan menyediakan satu agenda dan kerangka ' Hala Tuju ' bagi membangunkan negeri Sabah.

Teras kepada kerangka dan agenda hala tuju yg telah Musa gariskan, mencakupi industri pertanian, pelancongan dan pembuatan yang akhirnya hala tuju berkenaan telahpun dapat dimanfaatkan oleh sebilangan besar rakyat Sabah hari ini.

Langkah pro-aktif awal Musa sebaik dilantik sebagai KM.Sabah yg ke14,beliau telah berjaya mendapatkan dana dari kerajaan pusat sebanyak rm1.4 billion bagi menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang sebilangan besar rakyat Sabah boleh manfaatkan hari ini.Dan kerana sikap efisensi yg ada pada kerajaan BN Sabah di bawah pimpinan Musa,penyiapan kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang berkenaan telah dapat dipercepatkan daripada tarikh siap sebenar.Dan seharusnya Musa diberikan kredit atas usaha beliau ini.

Begitu juga trek rekod Musa dalam industri pembuatan.Pada tahun 2006 setelah memegang jawatan KM.selama tiga tahun, Musa telah berjaya meyakinkan para pelabur asing melalui Kerajaan negeri untuk melabur di Sabah yg akhirnya berjaya meraih nilai pelaburan sebanyak rm 4.9 billion.Dan dengan pelaburan ini, penjanaan ekonomi bertambah rancak di negeri ini justeru di mana rasionalnya Musa perlu diganti?

Begitu juga dalam industri pertanian seperti mana yg telah beliau gariskan melalui agenda hala tuju negeri Sabah.Pengwujudan POIC ( Palm Oil Industrial Clusters ) yg telah Musa ilhamkan, mampu mengangkat industri pertanian dalam rantaian pasaran komoditi yang berdayasaing.Jadi apa keperluaan beliau diganti pada saat-saat UMNO dan BN yang menagihkan solidiriti setiap ahli UMNO dalam menghadapi situasi yg semakin hari semakin mencabar ini.

Bahkan trek rekod Musa dalam mengetuai bala tentera UMNO/BN ketika menghadapi pilihanraya umum ke13 lalu, hampir dapat melakukan ' clean sweep ' di negeri ini, sehinggakan dlm era kepimpinan Datuk Musalah timbul istilah ' fixed deposit ' oleh UMNO dan BN pusat, jadi di mana logiknya beliau mahu di kesampingkan dlm isu ' transaction power ' ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.Kalaupun ada cadangan ataupun niat yg diperolehi secara ' Konsensus ' daripada para ketua UMNO bahagian,pengerusi-pengerusi parti komponen BN Sabah, mahu menggantikan Musa masanya bukan hari ini, esok atau lusa.Sabar-sabarlah dulu kerana kerusi empuk KM itu tiada sesiapa yg akan membawanya lari mahupun cuba menyembunyi atau mencurinya.Masanya belum tiba.Tunggulah sehingga pru14 akan datang.

Berilah dulu Musa peluang utk melangsaikan kerja-kerja yg belum beliau berkesempatan utk menyelesaikannya.Pemikiran rakyat khususnya anak-anak muda hari ini, lebih spektikal, mereka mampu melihat dan menilai seseorang pemimpin itu.Zaman ini bukan lagi seperti zaman dulu." Ku yang dulu bukannya yang sekarang,dulu ditendang sekarangku disayang, dulu-dulu kumenderita, sekarang aku bahagia ", justeru bukan masanya peralihan kuasa dilakukan sekarang, tunggu bunyi wisel yg akan ditiup oleh PM yg juga presiden UMNO dan Barisan Nasional.....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-54797885081395345962014-09-02T04:32:00.001-07:002014-09-02T04:34:12.615-07:00Mendepani Arus Dan Cabaran Abad Ke 21, Malaysia Perlu ISA...
ISA atau akronim nama bahasa inggerisnya ' internal security act ' merupakan satu undang-undang tahanan pencegahan di negara ini yg dikuatkuasakan beberapa tahun dahulu.

Menurut fakta sejarah, ISA ini atau dalam bahasa melayunya ' akta keselamatan dalam negeri ' dirangka oleh seorang bernama R.H. Hickling yang kemudiannya dijadikan sebagai satu undang-undang pada tahun 1960.

Semasa akta ini digunapakai dalam negara ini, undang-undang ini dibenarkan untuk diadakan kajian semula hinggakan ia telah dipinda sebanyak 20 kali.

Dengan penguatkuasaan ISA ini, kuasa mutlak telah diperturunkan kepada menteri hal-ehwal dalam negeri pada ketika itu, menahan individu atau mana-mana kumpulan yang difikir boleh memudaratkan keselamatan dan keharmonian negara tanpa merujuk kepada mahkamah.

Tetapi bila Najib diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Badawi maka pada tanggal 15 september 2011,beliau telah memansuhkan akta ini dan diganti dengan undang-undang baru yg lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia.

Tidak dapat disangkal bahawa pemansuhan ISA ini, banyak didorong oleh ' pemeliharaan demokrasi dan hak asai manusia ' di Malaysia sehinggakan isu ini telah dieksploitasi begitu hebat oleh pembangkang dalam kempen-kempen mereka dengan tujuan cuba ' undermind ' kerajaan Barisan Nasional agar dibenci oleh rakyat negara ini sendiri.

Selain daripada bantahan oleh beberapa pertubuhan yang pro pembangkang di negara ini pada ketika itu, pertubuhan hak asasi manusia dari luar negara, turut menyelar tindakan Malaysia yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Disebabkan mahu mengendur desakan dari pelbagai pihak dan memilahara keutuhan demokrasi Malaysia maka Najib yg ketika itu telahpun dilantik sebagai Perdana Menteri, tiada jalan lain selain memansuhkan akta berkenaan.

Dengan pemansuhan akta ini maka ada sesetengah pihak yg tidak senang melihat Malaysia dalam keadaan harmoni dan aman damai pada hari ini, telah mulai menanam bibit-bibit kebencian, desakan dan ugutan kepada kerajaan di bawah pimpinan Najib atas alasan mereka sudah ' ada lesen utk bersuara ' dan bebas menuntut apa yg mereka istilahkan sebagai ' HAK ' tanpa mengikut saluran undang-undang yang dibenarkan.

Dengan pemansuhan ISA ini juga, semakin banyak dan semakin sensitif isu- yg diangkat dan ketengahkan hinggakan ada yg sampai menyentuh soal-soal anutan agama sesuatu kaum.

Apakah perlu keadaan dan situasi begini berterusan di bumi Malaysia yg aman damai ini tanpa ada mekanisma pengawalan yang lebih komprenshif bagi membendung perkara ini, sehingga tidak sampai jadi satu fenomena...

Justeru di sinilah perlunya ISA ini dikuatkuasakan semula.Kita tahu bila akta ini dipraktikan kembali maka ada pihak yang lantang mengkritik Malaysia dgn pelbagai ' label dan jenama '.Bahkan tidak mustahil negara-negara yang tidak mahu melihat Malaysia harmoni dan sejahtera, akan mempersenda dan mentertawakan kita.

Namun pada satu dimensi lain, mana satu yang kita inginkan, ' ditertawakan oleh orang lain ' atau menangisi nasib sendiri setelah negara berada dalam keadaan kucar-kucar dan huru-hara setiap masa? sebabnya tanpa sebarang undang-undang yg bersifat ' pencegahan ' seperti mana salah satu tujuan asal ISA diperkenalkan,negara ini pasti akan mengikut jejak negara-negara lain seperti Syria, Mesir dan Palestine yg ' malam bermandikan cahaya bom, siang bermandikan darah orang-orang yg tidak berdosa '.

Ini belum termasuk cabaran-cabaran yg datang daripada mereka yg terlalu ekstrim dan taksub dalam sesuatu fahaman serta idealogi,selain yg ada kaitan dengan terroisma dan militan.

Maka itu kerajaan di bawah pimpinan Najib, dalam apa keadaan dan situasipun ' berkeperluan ' untuk menguatkuasakan semula ISA ini demi mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera yg ampuh mendepani arus dan cabaran abad ke 21 ini...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-88543390162604654782014-08-29T21:09:00.001-07:002014-08-30T18:11:52.194-07:00Dalam Usia Ke 57 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Sudahkah Semangat Dan Roh Kemerdekaan itu Meresapi Jiwa Rakyat Luar Bandar???
Menjelang detik 12 tengah malam semalam, genaplah usia kemerdekaan negara 57 tahun.Saban tahun sebelum dan pada hari kemerdekaan, pelbagai acara sambutan diadakan.

Dibandar2 besar diadakan acara2 menaikkan jalur gemilang, perbarisan lintas hormat anggota keselamatan ,pendeklamsian puisi merdeka dan banyak lagi acara sebagai signifikan kepada kemerdekaan Malaysia yg bebas sepenuhnya dari rantaian penjajahan British.

Semua acara sambutan yang adakan matlamatnya adalah menanamkan rasa kencintaan serta memupuk nilai patriotisma di kalangan rakyat pelbagai suku kaum dan etnik di negara ini.

Persoalannya rasa kecintaan raykat terhadap negara, semangat patriotisma mereka dan roh kemerdekaan itu,sudahkah meresap ke dalam jiwa di setiap kalangan rakyat yg menjadi ' tuan tanah ' bumi tercinta ini sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini, Malaysia..." di sini lahirnya sebuah cinta "...

Persoalan ini wajar diberi perhatian seserius-seriusnya oleh pihak kerajaan dan setiap daripada kita kerana tidak holistik rasa merdeka itu jika ianya hanya wujud pada masyarakat di bandar dan pinggiran bandar.

Saya berani mengatakan demikian kerana selama 57 tahun negara dan kita sbg rakyat Malaysia megah berdiri di bawah panji-panji kemerdekan, memikirkan tentang mereka yg tinggal jauh di ceruk dan pelusuk kampung serta desa mengenai erti dan makna kemerdekaan itu pada mereka.

Sudahlah mereka terbelenggau dgn ' ketidakmerdekaan ' terhadap semua keperluaan asas seperti air, lampu dan kemudahan lain seperti mana yg rakyat di bandar dan pinggiran bandar nikmati.

Tidak ada gunanya kemerdekaan itu jika makna dan nikmati serta pengisiannya hanya dirasai oleh sebahagian rakyat tetapi tidak merangkumi semua rakyat ibarat kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Justeru sudah sampai dan tiba masanya,pihak kerajaan dan mereka yg diberi tanggungjawab pada tahun-tahun mendatang, memikirkan transformasi dalam acara-acara sambutan ini, sama ada di waktu ambang merdeka dan pada waktu hari kemerdekaan.

Penganjuran acara sambutan yg sudah sangat sinonim dgn bandar-bandar besar ini dikurangkan, sebaliknya dianjurkan melalui kawasan-kawasan parlimen dgn melibatkan, jika diadakan acara perbarisan misalnya,masyarakat yg tinggal di ceruk dan pelusuk kampung nun jauh di sana.Bekalkan mereka dgn bendera jalur gemilang dgn percuma dan arahkan mereka mengibarkannya di kawasan perkampungan dan rumah masing-masing.Tidak berbaloi kita membelanjakan wang kerajaan jutaan ribu ringgit saban tahun bagi tujuan meraikan hari kemerdekaan tetapi melalui kelompok masyarakat yg sama saban tahun sedangkan setiap rakyat yang tinggal di bumi Malaysia tercinta ini, mahu dan perlu juga meraikan hari kemerdekaan mereka, justeru kenapa harus dibiarkan semangat dan roh kemerdekaan itu hanya wujud di kalangan masyarakat bandar dan kota sahaja, kenapa tidak ia diresapkan juga dlm jiwa mereka yg tingggal nun jauh di pelusuk dan ceruk kampung serta desa....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-26771926478916471032014-08-24T19:36:00.001-07:002014-08-24T19:36:47.495-07:00' Rumah Ibubapa Rumah Anak2, Rumah Anak2 Bukan Rumah Ibubapa.., Di Mana Harga Pengorbanan Ibubapa??????
Hari itu hati saya benar2 diruntun pilu.Perasaan bagai disiat-siat.Keadaan awan kelabu dgn gerimis mula menitik membasahi bumi, membuatkan saya menangguhkan dulu hasrat saya utk pulang awal.

Saya labuhkan punggung di sebuah restoran makanan melayu sedarhana besar.Ketika itu pelanggannya tidak begitu ramai.Di satu sudut restoran itu,ada dua orang pelanggan yg sdg duduk.Di atas meja mereka, terhidang air nipis kosong.Dalam telaan saya,itulah air air suam tanpa sebarang perasa.

Saya diselimuti rasa kasihan pula melihat kedua org tua yg berusia lebih separuh abad itu.Tanpa berfikir panjang, saya beralih berdekatan dgn tempt mereka sambil memesan mee goreng ayam dan minuman panas.

Tanpa berlenggah, saya mempelawa mereka berdua utk memesan apa2 makanan, ' pacik kamu tidak mahu makan apa2, mintalah..! Pelawa saya dgn bahasa daerah yg senang mereka fahami.Di wajah mereka berdua jelas kelihatan seperti ada sesuatu yg mereka sembunyikan.Mereka asyik berpandangan satu sama lain.' Ala mintalah makanan apa2 pacik, macik, saya saja bayar nanti ' saya beri mereka keyakinan bahawa makanan yg mereka bakal pesan, saya yg bayarkan harganya.

Kedua orang tua itu nampak gembira di raut wajah mereka.Tanpa menunggu mereka membuat pesanan makanan, saya panggil pelayan restoran berkenaan mengarahkannya bertanya kedua orang tua tadi, makanan dan minuman yg mereka mahu pesan. ' Nasi goreng dua piring nak..! Pesannya lelaki pasangan wanita berusia separuh abad itu.Pelayan mengangguk tanda faham dan terus menuju ke arah dapur utk menyediakan pesanan

' Pacik dan macik ini orang mana? Di mana tinggal di Kota Kinabalu ini? Saya mula menggorek penyebab di sebalik wajah muram mereka sejak tadi. ' Pacik dan macik ini asal dari sebelah pedalaman ( sebuah daerah yg tidak perlu penulis sebut namanya, memadailah disebut sbg sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah ) di Kota Kinabalu ini tinggal rumah anak ( nama tempat anaknya tinggal, juga tidak perlulah penulis nyatakan ). Oh..! Jawab saya ringkas.

Pembantu restoran datang dgn makanan yg telah saya pesan dan yg dipesan utk merekapun, sudah ada dibawa bersama pesanan saya.Belumpun saya pelawa mereka utk menikmati makanan yg sdh terhidang atas meja tempat mereka, tiba2 macik itu bersuara, sebenarnya nak, suara macik itu begitu lembut dan perlahan sekali, jelas ada sesuatu yg meruntun jiwa dan perasaannya, sebenarnya macik dan pacik ini, bercadang mahu duduk lama sedikit di rumah anak, mahu bermesra lama2 dgn cucu2.Pacik yg duduk di sebelahnya hanya duduk diam mendengar sambil sesekali tunduk melihat ke arah bawah.Maklumalah nak, sambungnya lagi.Dia terhenti sambil menarik nafas panjang, kenapa macik? Saya pula tanpa mahu menunggu sambungan ceritanya, terus mendesaknya dgn pertanyaan.Habis kenapa macik dan pacik balik awal? Pertanyaan tersebut jelas membuatkan macik dan pacik itu tidak senang mendengarnya.

' Kami terpaksa balik awal nak' terangnya kepada saya.Macik dan pacik lihat anak dan menantu lelaki macik kelihatan macam tidak senang saja bila macik dan pacik tinggal lama2 di rumah mereka.Setiap hari ada saja yg tidak kena, sambung macik itu lagi, macik dan pacik kuat batuk di waktu malamlah sehinggakan menurut anak macik, sering membuat anak kecilnya terkejut sehingga terjaga di waktu malam.Bukan itu saja nak, pacik yg lelaki itu pula menyambung kisah mereka berdua semasa tinggal di rumah anaknya.Mereka juga sering mengatakan bahawa rumah mereka kelihatan berselerak sejak kami ada di rumah mereka, selain mengatakan sampah kelihatan di sana sini dlm rumah mereka.Mereka sering mengatakan bahawa air dari dalam kamar mandi rumah mereka, sering terpercik keluar ketika kami mandi.Kami juga dikatakan cerewet dalam memilih makanan, sambung pacik itu lagi.Setiap kali dia meneruskan ceritanya, kedengaran nafasnya turun naik.Amat jelas bahawa perasaannya tergores.Begitu juga dgn macik itu.Saya cuba mematikan ingatan mereka sambil mempelawa mereka menikmati makanan yg sudah lama tersedia di atas meja.' Makan, makan kamu pacik, macik '.

Pengalaman ini menimbulkan seribu satu kekesalan dalam hati saya.Siapalah kita jika bukan kerana kedua orang tua terutama sekali ibu yg melahirkan kita ke dunia ini.

Namun ramai antara anak hari ini, telah menidakkan pengorbanan kedua orang tua kepada mereka sedang di waktu kecil kita, usahkan seekor semut dtg mengigit hatta aeekor nyamuk,kedua orang tua khususnya ibu kita, sedaya mungkin mahu menjaga kita daripada mangsa binatang tersebut.

Lebih dikesalkan lagi, ada sesetengah anak yg tidak senang bila kedua orangnya mahu menumpang tidur bermalam sehari dua di rumah mereka.Pelbagai bentuk sindiran kadang2 di tuturkan sedangkan ketika kecil mereka, kedua orang tua telah menetapkan bahawa rumah besar yg mereka bina, adalah utk kepunyaan anak2 kelak tetapi bila anak2 sudah membesar dan mampu membina dan membeli rumah sendiri,ada ketikanya mereka merasa serik bila kedua orang tua datang menziarahi dan bertandang ke rumah mereka.Di mana sebenarnya nilai dan harga pengorbanan kedua orang tua kita terutamanya ibu, yg melahirkan kita ke dunia ini.Sesungguhnya ada sebilangan anak2 hari ini yg tidak lagi memperakukan bahawa ' syurga itu di telapak kaki ibu, sebaliknya lebih mementingkan keperluan sendiri dan anak berbanding mengenang segala pergorbanan kedua orang tua ketika membela mereka semasa kecil....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-15558038476227098472014-08-23T18:03:00.001-07:002014-08-23T18:03:17.523-07:00Upacara Berkabung Menghormati Tragedi MH17, Kenapa Harus Dipolitikkan...

Upacara berkabung sebagai menghormati mangsa tragedi MH17 yg didiadakan pada jumaat lalu, telah berjaya menyatukan sebahagian besar rakyat negara ini.

Bukan setakat berkabung,ucapara menyambut jenazah mereka yg terlibat dlm nahas tersebut yg dibawa balik ke Malaysia utk diserahkan kepada keluarga masing2, telah dilakukan dgn penuh adat istiadat sambutan bagi menghormati para korban dan keluarga mereka.

Namun agak malang dan menyedihkan, bila usaha dan pengorbanan besar kerajaan lakukan utk menyelesaikan masalah berkenaan,muncul pula kenyataan berbaur politik mempersoalkan kewajaran pihak kerajaan melakukan sambutan yg pd mereka ' berlebih-lebihan ' lalu dibandingkan dgn insiden Lahad Datu yg diceroboh oleh pengganas Sulu dan mengorbankan beberapa anggota keselamatan Malaysia.

Beberapa ahli dari AMK.parti keadilan telah mempolitikkan isu ini dan dibahas oleh beberapa orang perwakilan dalam kongres mereka.

Mereka membuat perbandingan mengenai gaya dan cara sambutan yg kerajaan adakan dlm kedua insiden berkenaan.Mereka mendakwa penghormatan yg diberi kepada mangsa2

Tragedi MH17 lebih besar berbanding wira2 Lahad Datu.

Dalam isu ini nampak sangat bahawa parti keadilan sekarang ini sudah ' muflis isu ' hinggakan hal2 yg melibatkan kematian, mereka jadikan sbg bahan utk canang ke hulu ke hilir dgn harapan, rakyat benci lalu menolak kerajaan di bawah kepimpinan Najib dlm pru.akan datang.

Rasionalnya kenapa perlu dijadiakan isu musibah2 yg telah menimpa para mangsa dlm tragedi ini.Pernahkah mereka terfikir dan rasai perasaan keluarga mangsa yg terlibat bila mana insiden ini sudah dijadikan sbg modal politik oleh parti politik tertentu.Bagaimana jika insiden dan musibah ini kena pada batang hidung mereka sendiri, apa perasaan mereka bila ada pihak2 tertentu menjadikannya sbg satu isu politik.

Sewajarnya tidak perlu AMK buat perbandingan mengenai tragedi MH17 dan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.Kita bertanya kepada AMK.apa perlu benda ini dijadikan isu politik?.Dan apa pula perasaan keluarga2 mangsa yg terlibat bila mengetahui upacara sambutan terhadap keluarga mereka yg terlibat dlm nahas ini dipolitikkan?.

Nampak sangat kredibiliti para ahli AMK yg meninmbulkan isu sangat rendah.Hal2 mengenai kematianpun, mereka ambil ' kredit dan political mileage '.Mereka seperti tidak ada lagi kerja lain selain mencari dan menunggu peluang utk hentam kerajaan, ibarat kata anak2 muda zaman sekarang ' Lu jgn kecoh sangatlah..!

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-31469760751554249792014-08-21T04:02:00.001-07:002014-08-21T04:02:10.548-07:00Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-55464635177393853992014-08-21T04:01:00.001-07:002014-08-21T04:01:49.963-07:00Nakhaie.., ' Pemimpin Ikut-Ikutan '
Bila Tun Mahathir bekas PM mengisthyiarkan penarikan sokongannya terhadap Najib, tiba2 muncul pula Nakhaie bekas presiden YADIM dgn pengumumannya bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO selain melabelkan UMNO sbg parti korup.

Tiada ribut tiada hujan, tiba2 saja Nakhaie membuat pengumuman mengejut ini ( sebenarnya bukan sesuatu yg mengejutpun jika diimbas sejarah perjuangan beliau semasa berada di bawah ketiak PAS ) bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO sekali gus melabelkan UMNO sebagai parti korup.

Atas alasan apa beliau mengumumkan bukan lagi ahli UMNO dan selain memberi gelaran pd UMNO sebagai parti korup, hanya Nakhaie saja yg tahu.

Namun jika dilihat pada sanerio politik semasa, ditambah dengan pengumuman penarikan sokongan Tun Mahathir terhadap Dato Seri Najib,ternyata tindakan yg Nakhaie ini ambil lebih kepada tindakan ' ikut-ikutan '.Apa tidaknya tanpa sebarang alasan rasional dan kukuh, beliau bertindak sedemikian rupa.Pada hal pada satu ketika, beliau sering dijadikan rujukan oleh UMNO dlm membalas dan menjawab setiap kritikan dan persoalan yg ditimbulkan oleh PAS berhubung hukum hakam islam dari prespektif politik.

Memang jelas ketika itu,Nakhaie seperti sudah satu kiblat perjuangan dengan UMNO hinggakan beliau dilantik menerajui sebuah badan dakwah yg dikenali sbg YADIM khusus untuk memantau dan mengawasi perkembangan dakwah islamiah di negara ini.

Kenapa hal ini berlaku.Bagi saya jawapannya mudah saja.Ini berlaku disebabkan oleh penarikan sokongan yg telah Tun Mahathir buat terhadap Najib.Dek kerana mahu menjadi orang pertama yg kononnya berpendirian seperti Tun Mahathir maka Nakhaie juga mengumumkan bahawa beliau bukan lagi ahli UMNO selain melabelkan UMNO sebagai parti korup yg kelihatannya pemikiran Nakhaie seolah-olah sehaliran dan sama label dgn Tun Mahathir cuma bezanya Tun Mahathir mengkritik Najib secara individu semantara Nakhie pengkritik organisasi UMNO yg dipimpin Najib justeru politik Nakhaie lebih kepada politik ' ikut-ikutan ' tetapi bukan atas prinsip perjuangannya yg sebenar...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-80849417445718580282014-08-21T01:21:00.001-07:002014-08-21T01:21:19.089-07:00Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-1112178331272690232014-08-21T01:17:00.001-07:002014-08-21T01:17:22.035-07:00Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-9968964782696278962014-08-21T01:15:00.001-07:002014-08-21T01:30:41.731-07:00Tren Memiliki Kereta Besar Dan Mewah.., Antara Keperluan @ Kemewahan?
Bukan saja kebelakangan ini malah sejak dulu, tren memiliki kereta besar dan mewah ini banyak mempengaruhi dan menjadi pilihan utama para pengguna kenderaan.Bezanya dulu mereka yg ramai memiliki kenderaan besar dan mewah ini, terdiri dari mereka yg berjawatan seperti menteri,ahli perniagaan, dan orang perseorangan yg berkemampuan.

Jarang kita dapati para penjawat awam memiliki kereta besar dan mewah dari jenis yg harganya mencecah sehingga ke ratusan ribu ringgit kecuali kalangan mereka yg berstatuskan ' jusa '.Itupun tidak ramai dan boleh dikira dgn jari bilangannya.

Keadaan itu jauh berbeza hari ini.Hari ini bilangan mereka yg memiliki kereta besar dan mewah ini, semakin bertambah dan ramai.Kebanyakan model kereta yg menjadi pilihan dan diminati adalah jenis yg tertera nama ' King ' di hujungnya. Ninja King dan Super King selain jenama lain seperti Alphard, Vellfire, Nissan Murano, X5,Harrier dan banyak lagi.

Mereka yg mampu memiliki kereta2 besar dan mewah ini, tidak lagi terhad di kalangan para wakil rakyat, menteri,ahli perniagaan dan taukeh balak malah kalangan kontraktor kecilpun, ada sudah yang mampu memiliki jenis kereta yg dimaksudkan.

Kereta2 ini selain harganya mahal, cukai jalan dan insuran jalannya juga mahal.Ini tidak termasuk penyelanggaraannya dan pengunaan minyak petrol atau diesel ketika dipandu menuju ke tempat yg ditujui.

Melihat kepada fungsi dan tujuan sebenar memiliki kenderaan itu, kadang timbul tanda tanya dlm benak kita, adakah tujuan utk memiliki sesuatu kenderaan itu sebagai satu kemudahan atau satu kemegahan?

Saya pernah melihat dan ada pengalaman sekejap di luar negara bagaimana orang2 di negara berkenaan yg kebanyakkannya memiliki kenderaan besar dan mewah, memanfaatkan sepenuhnya kenderaan mereka.Saya melihat di setiap bonet belakang kereta mereka, telah ditambah dgn satu alat pencakuk dgn tujuan sbg penyangkut trak tambahan di belakang kenderaan berkenaan, bagi mengangkut barang2 keperluan perkelahan ke tepi pantai pada setiap hujung minggu.

Hal ini amat jauh berbeza dgn pengguna kenderaan jenis ini di negara kita.Amat jarang kita lihat, mereka yg memiliki model dan jenis kenderaan yg dimaksudkan, memasang pencangkuk di bonet belakang mereka.Dan nampak jelas bahawa fungsi dan tujuan memiliki kereta besar lagi mewah di negara kita, adalah sebagai satu atau lambang kemewahan, bukan tujuan sebagai keperluan.

Orang kita lebih selesa menggunakan kenderaan besar dan mewah ini utk menghadiri majlis jamuan kahwin, mesyuarat, memenuhi temu2 janji dan yg lebih kerap digunakan bila berbincang mengenai hal2 perniagaan dan projek2 pembangunan.

Menurut presepsi orang kita ( tetapi tidak semuanya bersikap demikian ) kita akan lebih ' Gap ' ( istilah bahasa tempatan dari etnik bajau/samah yg membawa makna ' ada gaya ' ) jika memandu kenderaan besar lagi mewah itu.Tidak cukup dgn kereta besar dan mewah, jam tangan yg dipakai mesti dari jenama Rolek atau jika ada lagi kemampuan mesti jenama ' Rolek King ' tambah GAP jika ada jenama ' king ' lagi di hujung.

Ketika memandu kenderaan berkenaan pula, rasanya seperti kurang lengkap kalau tidak mengenakan cermin mata hitam,ear phone disambung ke lubang telinga selain telepon bimbit mesti atas jenama Samsung.Paling rendahpun Samsung Note 3.Dan kebetulan pula masa ini musim durian yg banyak dijual di siring dan bahu2 jalan maka lebih bergaya lagi jika singgah ke gerai2 jualan buah durian berkenaan sambil memilih durian dari jenis ' musangking '.

Berbalik kepada tujuan memiliki kenderaan besar dan mewah tadi.Kadang2 ada kes berlaku di mana bila orang kita memiliki duit banyak yg diperolehi dari sumber2 ' penganugerahaan sesuatu projek kerajaan ' dgn kos ratusan ribu atau jutaan ringgit.Projek berkenaan dijual atau istilah yg paling popular ' dialibabakan ' kepada kontraktor lain maka setelah memperolehi wang hasil daripada jualan projek tadi maka tanpa berlenggah, wang berkenaan digunakan utk membeli kenderaan besar dan mewah seperti yg dinyatakan di atas.Dan yg mendukacitakan kereta berkenaan bukan tujuannya sebagai keperluan tetapi lebih kepada kemewahan yg cuba dipamerkan kepada jiran2 dan kawan2 serta orang ramai.Lebih malang lagi jika kenderaan berkenaan masih banyak baki hutang di bank2 komersial.

Akhirnya kenderaan yg sepatutnya digunakan sebagai keperluan itu tergelincir tujuannya, sebaliknya digunakan sebagai lambang kemewahan dan kemegahan dengan berpegang pada prinsip ' biar pape asal begaye '....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-39141561879391190292014-08-20T21:49:00.001-07:002014-08-20T22:04:36.892-07:00PENAMBAHAN ROYALTI MINYAK ,RAKYAT SABAH TERIMA KASIH PADA NAJIB....
Berita baik dan sensasi yg menjadi topik bualan utama di kebanyakan tempat di Sabah hari ini, adalah kenaikan royalti minyak bagi negeri ini yang diusahakan melalui sebuah syarikat GLC gergasi, petronas.

Tambahan 5 peratus yg diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sabah walaupun tidak memenuhi tuntutan seperti yg dikehendaki sebanyak 20 peratus,ia sedikit-sebanyak melegakan rakyat negeri ini dan mensyukuri nikmat hasil bumi Sabah di bawah bayu ini.

Dengan penambahan ini, tabung kewangan negeri semakin kukuh sekali gus boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pertambahan pembangunan infratruktur negeri Sabah.

Di satu peringkat mungkin ada segelintir pihak yg tidak berpuas hati dengan kadar pertambahan ini kerana ia tidak menepati kehendak 20 peratus seperti mana yg dituntut.

Adalah diyakini bahawa pertambahan 5 peratus ini, bukanlah sesuatu permulaan dan terakhir diberikan kepada negeri Sabah.Sebaliknya jika keadaan ekonomi negara bertambah mantap dan hasil galian khususnya minyak semakin banyak ditemui dan boleh diterokai di negeri ini, kita yakin dan percaya, kerajaan persekutuan melalui konsep ' menang-menangnya ' akan menambah kadar royalti berkenaan sehingga memenuhi tuntutan yg dipersetujui.

Soalnya sekarang apa yg perlu rakyat Sabah zahirkan kepada BN selaku parti pemerintah yg sering mendesak kerajaan persekutuan agar tuntuan ini dapat dipenuhi.Kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Musa sebagai Ketua Pentadbirnya,berjaya menyampaikan hasrat sebilangan besar rakyat negeri ini kepada kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak walaupun kadar yg dituntut belum mampu dipenuhi sepenuhnya.

Sebagai rakyat yg bermastautin di negeri ini,pertambahan royalti minyak tersebut, setidak-tidaknya dapat dirasai tempiasnya walaupun tidak secara langsung tetapi manfaatnya boleh dirasai dalam kelangsungan bidang pendidikan anak2 khusus melalui pemberian biasiswa,penambahbaikan insfratruktur pendidikan terutama sekali sekolah2 di luar bandar selain kemudahan2 ict yg ternyata lebih banyak keperluannya di negeri ini.

Juga suara2 sumbang yg penuhi emosi dan sensitif seperti membawa Sabah keluar daripada Malaysia, kalaupun masih lg kedengaran tetapi tonenya sudah berkurangan dan Sabah terus berada dalam Malaysia selamanya.....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5702408815084647432.post-44872716689997344212014-08-20T19:49:00.001-07:002014-08-20T19:51:23.753-07:00Lodo Porok
Cili kecil tp sangat pedas rasanya....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/12987132757353383846noreply@blogger.com0Kota Belud, Kota Belud6.364833 116.44763