LodoPorok

LodoPorok

Friday 1 January 2016

Antara Bukit Nabila Dan Usukan....

Kepada rakan2 maya lodoporok,saya sedang membuat beberapa kajian  perbandingan melalui beberapa kaedah dan pendekatan, bagi mendapatkan sebanyak mungkin informasi yang akan dijadikan bahan rujukan sebagai pengisian kepada penulisan blog di atas yg akan dipaparkan sedikit masa lg.Blog ini mencakupi pelbagai dimensi dan prespektif sebagai pendedahan kepada rakyat yg perlu tahu kekuatan dan kelemahan pemimpin yg mewakili mereka....

Tuesday 29 December 2015

Cerpen - ' USIA SENJA MENGGAMIT RASA '

Setiap kali bebola mataku lontar ke permukaan dinding,ia tidak pernah teralih pengelihatannya ke arah sekeping kalendar usang yg tergantung di suatu sudut kamar tidurku.Dan setiap kali aku terlihat tanggal hujung tahun yg tercatat menghiasi lembaran kalendar yang hanya tinggal dua helaian itu,persaanku bagai disiat dan hela nafasku seperti tersumbat.

Dengan terlerainya dua keping helaian kalendar itu dalam jangka masa dua hari lagi,ini bererti tahun 2015 bakalku lewati dan kakiku bakal menginjak tahun 2016 yang tidak pernah berjanji dengan sesiapa akan untung nasib diri dan keluarga masing-masing.

Aku benar-benar terasa bungkam.Sementelahan lewat waktu-waktu usiaku begini,aku sering dicengkam rasa kurang sihat,mudah lelah dan ada ketikanya tidak mampu lena malam kerana diri telah dimamah usia.

Sesekali sengaja kualihkan pandangan untuk mencari sesuatu yang lebih menarik dari dalam ruang kamar tidurku, namun pengelihatanku sering saja terhenti pada dua helaian lembaran terakhir kalendar itu.Dalam benakku, dua helaian lembaran paling akhir lembaran kalendar untuk tahun 2015 itu paling bernilai dan berharga kurasakan dalam diri, bagiku untuk menelusuri perjalanan hidup seterusnya.

Tanpa disedari,tiba-tiba terasa ada bebuih seperti manik-manik terkeluar dari kedua kelopak mataku.Aku jadi sebak menanggis sehingga terisak-isak.Aku terasa teramat sedih berpisah dengan tahun 2105 yang telah banyak memuhasabahkan diriku utk menjadi sebagai seorang insan kerdil yg sabar dan tabah menghadapi setiap hambatan dan cabaran hidup.

Tahun yg telah mendewasakan diriku menghadapi hidup penuh susah payah,pahit jerih dan penuh onak duri.Namun segalanya mampu kugagahi mendepaninya dengan penuh redah Illahi.Aku benar-benar risau berpisah dengan tahun keramat bagiku itu.

Air mataku semakin membuak keluarnya bila mengimbau kembali suka duka perjalanan hidup yang kulalui sepanjang tahun 2015 biarpun ada ketikanya aku masih mampu utk tersenyum walaupun tiada siapapun pernah mengerti dan memahami bahawa senyumku itu sebenarnya adalah puitis pada suatu tangisan.

Sesekali lamunan kutersekat seketika oleh suara dehem dan batuk kecil isteri yang sedang mengemas ruang tamu rumah setelah  kehadiran cucu-cucu yang manja dan nakal ketika cuti hujung minggu lalu.Rasa rindu ada kalanya datang mencuit rasa mengenang mereka yg duduk berasingan rumah denganku.Almaklum mereka juga memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa masing-masing walaupun jika dituruti kehendak hati,mahu saja kuarahkan isteri untuk mengambilalih tugas pengasuh cucu-cucu kesayanganku  tanpa meminta apa-apa bayaran utk mengasuh mereka.Tetapi anak dan menantuku tidak mengizinkan.

Mengenang semua ini,aku bertambah resah dan semakin gundah.Kotak fikirku semakin berkecamuk.Suhu badan semakin terasa naiknya.Tiba-tiba lamunanku terhenti oleh ketukan pintu bilik tidur kamarku. ' Buka pintu ' suara isteriku mematikan seketika hayalanku. ' Abang belum bangkit lagi,kalau iapun berangan, bergeraklah dulu dari tempat tidur tu ' isteriku meninggikan intonasi suaranya sedikit. ' Ala awak ini,sedikitpun rasa tak senang melihat orang dok melayan perasaan ' aku melawak sedikit pada mak Waty isteri kesayanganku. ' Ya lah tu, layanlah perasaan awak tu..! Dia tak jadi masuk ke kamar tidurku.Kedengaran derap langkahnya meninggalkan ruang depan pintu kamar tidurku.

Lamunan kubertaut kembali,kotak mindaku mula mengumpul episod hayalan yang tesekat sebentar tadi.
Benak dan perasaanku kembali diburu rasa risau,risau serisau-risaunya, menyambut kehadiran tahun 2016 yang tidak pernah menjanjikan pahit manis kehidupan yang bakal dilalui.

Kulontar kembali bebola mata ke arah dinding kamar tidurku.Kali ini kufokus pengelihatanku ke arah jam dinding. ' Astagfirullah alaziimm...! rupanya waktu zohor dah semakin hampir.Jarum jam panjang yg tergantung di permukaan  dinding sudah melewati angka dua belas.Aku cepat-cepat bingkas lalu menuju ke kamar mandi.Aku membersihkan diri lalu mengambil wudhu utk menyempurnakan solat zohor.Di akhir solatku,aku menitipkan doa pada Illahi " Ya Allah Ya Robbi Berkatilah Kehidupanku,Sempurnakanlah Imanku,Permudahkanlah setiap Urusanku,Ketika kutelusuri sepanjang  perjalanan hidupku menjelang tahun-tahun mendatang,sesungguhnya kepadaMu Ya Allah aku memohon dan mengharap segala RedhaMu sehingga aku kau matikan dalam Keimanan,Aminnn Ya Rabbul Alaminnn "....

Monday 28 December 2015

Mengimbau Kecapaian 2015 - " Menajam Azam 2016 "

1. Dalam jangka masa dua hari lagi,terkuaklah jendila tahun 2016.

2.Kedatangan tahun baru ini,merupakan satu manifestasi hijarah sama ada pada individu itu sendiri,keluarga dan kelompok masyarakat sekelilingnya.

3.Sudah menjadi semacam satu tren kepada masyarakat hari ini,setiap kali menjelangnya tahun baru,dicanangkan pelbagai azam dan matlamat baru dalam hidup.

4.Mereka yang kurang produktif dlm apa juga aspek,menanam azam utk lebih produktif,mereka yang pasif berazam utk lebih proaktif dalam setiap gerak-geri dan tindakan.Bahkan lebih banyak lagi aspek dalam kehidupan cuba di martabatkan seiring dengan kehadiran tahun baru yang dianggap lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya.

5.Keinginan dan kemahuan seperti ini, sudah amat sinonim kedengarannya pada halwa telinga dan tiada sesuatu kelainan daripada kebiasaan yang kedengaran.

6.Barangkali ini adalah salah satu naluri yang ada dalam diri manusia itu.Natijahnya setiap sesuatu yg baru itu,semua orang ' NAK..!

7.Apapun itu bukanlah persoalan yang mahu dicerna dalam penulisan ini.Sebaliknya apa yang cuba digarap dan lontarkan,sejauh mana kecapaian diri kita sebagai individu sebelum menutup tingkap tahun 2015 yang hanya tinggal dua hari saja lagi dan selepas itu maka menguaklah jendila tahun 2016.

8.Apakah kita masih lagi lena dibuai mimpi azam tinggal azam atau azam yg telah menjadi tajam hatta azam sekadar ' zam-zam ala kazam ' tanyalah pada selera masing-masing...  

Monday 14 December 2015

Muhyiddin Dan Shafie - ' Terjerat dek angkara sendiri '

Sejak gugur dari menganggotai kabinet baru yang dibentuk semula oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 28 julai 2015,Muhyiddin dan Shafie sering dilihat bersama dalam majlis-majlis politik yang dianjurkan sama ada oleh NGO mahupun kumpulan-kumpulan tertentu.

Kehadiran mereka dalam majlis-majlis berkenaan setidak-tidaknya mampu menjadi daya penarik kehadiran audien bagi memeriahkan majlis yang diadakan.

Dalam pada itu apa yang cuba penulis garap dan cerna melalui paparan ini, adalah faktor penyebab atas penguguran kedua bekas anggota kabinet kanan ini sehingga Najib ' habis hati ' tidak melantik mereka semula.

Mengimbas kembali kronologi sebelum kedua tokoh ini tidak terlantik semula dalam kabinet baru Najib tahun 2015,bila munculnya berita dari Sarawak report dan wall street journal tentang isu 1MDB yang dikatakan mengalami kerugian berbillion ringgit disebabkan oleh ketidaktuntasan tadbirurusnya yang dilantik oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib.

Rentetan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Sarawak report,wall street journal dan ditokoktambah oleh parti pembangkang khususnya DAP dan Keadilan maka beberapa kalangan anggota kabinet yang diketahui memang rapat dgn Perdana Menteri,termasuk Dato Dr.Zahid Hamidi tampil dgn suara lantang membela ' bosnya '.

Sebaliknya Muhyiddin atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam kabinet Najib,bernada tidak selari dengan apa yang disuarakan oleh Zahid dalam membela bosnya.

Beberapa hari selepas itu pula,Datuk Shafie mengeluarkan kenyataan dan yang  menghairankan, nada beliau selari dengan nada Muhyiddin sedangkan umum mengetahui bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin yang rapat dengan Dato Seri Najib dan pernah bekerja di bawahnya.

Pada pemerhatian penulis,di sinilah bermulanya episod Muhyiddin dan Shafie ' terjerat oleh jerat yang dipasang sendiri '. Kalau merujuk kepad pepatah orang-orang cina, ' di mana berlakunya krisis di situ wujudnya peluang '. Pepatah ini telah mendorong kedua pemipin ini mencatur masa depan politik masing-masing kerana ' yang ditunggu dah tiba ' ( memetik sebahagian daripada lirik lagu allahyarham Tan Sri P.Ramlee ) dan ' Kalau bukan kita siapa lagi,kalau bukan sekarang bila lagi?.

Percaturan politik kedua pemimpin ini begitu mudah dibaca.Pertama dengan bertambah mengeleggaknya isu 1MDB dan tampilnya mantan perdana Menteri Tun Mahathir mengkritik dan mendesak Najib untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri maka sudah tentulah ruang dan peluang Muhyiddin naik sebagai orang nombor wahid ( satu ) terbuka amat luas dan jawatan Perdana Menteri TATAP dalam tangan.

Semantara Datuk Seri Shafie Afdal pula,jika Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin naik sebagai orang nombor satu ( Perdana Menteri ) memetik bahasa salah satu etnik Sabah ' ampai-ampai ' jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam tangan.

Hal ini Najib dan anggota kabinet lain yang pro-Najib terutama sekali Zahid Hamidi tahu apa yg bakal berlaku.Maka mereka juga tidak duduk diam, sebaliknya mempertahankan setiap inci bumi putrajaya jangan sampai jatuh ke tangan orang lain.

Ikrar dan sumpah taat setia yang dilafazkan oleh anggota kabinet pro-Najib ini sekali gus berjaya melancarkan aliran ' darah kepahlawanan Bugis ' dalam tubuh Najib sehingga tercetus nada ' no retreat no surrender ' dari bibir beliau dan sanggup ' patah sayap bertongkat paruh ' daripada mengalah dan menyerah.

Dan langkah awal yang Najib ambil ialah dengan menguggur Muhyiddin dan Shafie daripada  menanggotai kabinet baru yg beliau bentuk semula pada 28 julai lalu, selain melantik beberapa orang panglima baru sebagai langkah memperkemaskan benteng kerajaan,UMNO dan Najib sendiri.Ini termasuklah melantik Yang Berhormat Senator Datuk Seri Panglima Dr.Salleh Said Keruak memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, di mana umum mengetahui bahawa individu ini mahir dan cekap mendepani persilatan politik yg mempunyai viarasi bunga dan warna.Ini terbukti setiap kali timbul kritikan terhadap kerajaan dan Najib maka dialah salah seorang menjadi benteng di barisan hadapan menjawab segala kritikan yg ditimbulkan.

Pada masa sama Muhyiddin,Shafie dan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad pasti tidak akan duduk diam, sebaliknya terus-menerus mengkritik pentadbiran Najib selain mendesaknya untuk meletak jawatan walaupun jerat yang Muhyiddin dan Shafie pasang  memerangkap tuannya sendiri tetapi kumpulan ini akan terus mendesak dan mendesak sehingga Najib mahu meletak jawatan...

 

Saturday 12 December 2015

" Pemimpin UMNO - Khalifah Rakyat Perlu Berjiwa Besar "

1.Ungkapan ' berjiwa besar ' seperti satu ole-ole yang bakal dibawa pulang ke negeri dan bahagian masing-masing oleh para perwakilan perhimpunan Agong UMNO 2015 sebaik melangkah keluar dari dewan merdeka PWTC semalam.

2.Ungkapan keramat yang tersembul keluar dari bibir merah delima YAB.Dato Seri Najib Razak ketika menggulung ucapan dasar beliau semalam,bukan sekadar signifikasi tentang kerendahan hati budi beliau dalam mencari titik persamaan dari kalangan saf kepimpinan UMNO, malah ia merupakan satu isyarat jelas bahawa sesuatu tidakkesamarataan itu boleh membawa pulangan ' yg kalah jadi arang dan yg menang jadi abu ' di mana akhirnya musuh mampu menaguk di air yang keruh.

3. Ungkapan yg mampu menyebabkan sebilangan besar perwakilan terasa sebak  sehingga ada yg kelihatan terisak-isak menangis,merupakan satu manifestasi kemuhasabahaan diri bahawasanya UMNO menuntut setiap ahlinya wajib bersatu padu tanpa perlu berkelahi antara satu sama lain.

4.Institusi melayu yg bertunjangkan islam sebagai pemudahcara survival politiknya, perlu dipertahankan setiap inci kredibiliti dan maruahnya agar tidak mudah diinjak,cerca dan perkotakatikkan oleh musuh-musuh politik yg mahu melihatnya rebah sehingga terbenam  di bumi Malaysia sendiri.

5.Maka adalah menjadi tanggungjawab yang amat besar dan berat kepada semua  ahli UMNO untuk sama-sama menyinsing lengan baju mempertahankan kedaulatan parti keramat ini agar terus relevan dan mampu bersaing dgn lain-lain institusi, seiring dengan semangat JIWA BESAR yg telah presiden parti bekalkan kepada para perwakilan sebelum mereka meninggalkan dewan meredeka pwtc semalam.... 

 

Thursday 30 July 2015

" PENJERNIHAN TERHADAP PERSEPSI NEGATIF KEPERLUAN DALAM MEMPERTAHANKAN KUASA POLITIK " ( lamdinsikah sikah@lodoporok )

1. Persepsi adalah molekul yg mampu mempertahan atau meroboh tembok kuasa sesebuah kerajaan atas paradigma demokrasi.
2.Tetapi utk menterjemah sesuatu persepsi yg negatif kepada positif,satu perkara yg bukan mudah, semudah menyungah kacang goreng sambil menonton perlawanan bola sepak dlm stadium.
3.Dan dari konteks fisionya,manusia lebih teruja berpersepsi negatif dlm sesuatu perkara berbanding positif kerana pertentangannya persepsi negatif itu, lebih sensasi kepada penutur dan penerimanya berbanding hal-hal positif yg begitu mudah hilang dlm ingatan para pendengarnya lantaran tidak menarik dan kurang sensasi.
4.Kebergantungan pada teori ini maka dipaparkan satu sample mengenai pilihanraya bagi memilih presiden baru Amerika Syarikat pada tahun depan ( 2016 ).
5.Hilary Clinton pada mulanya dianggap sebagai calon parti demokrat yg paling popular,kini tersadung dalam skandal menggunakan emel peribadi ketika beliau menjawat jawatan ' secretary of state ' di rumah putih.
6.Dalam satu sidang akhbar yg Hilary anjurkan bagi menafikan skandal itu,penafian yg beliau buat tampak sesuatu yg telah dirancang awal dengan bahasa tubuh yg sangat defensif.
7.Insiden ini telah menimbulkan persepsi negatif kepada sebilangan besar rakyat Amerika terhadap kredibiliti Hilary Clinton sama ada beliau bercakap benar atau sebaliknya.
8.Hal ini mengakibatkan populariti Hilary Clinton merudum dalam punggutan suara yg dianjurkan oleh media antarabangsa sekali gus menyempitkan ruang dan peluang Hilary untuk menjadi calon demokrat dalam pertembungan dua hala bagi menentukan presiden baru tahun depan 2016.
9. Mengambilkira sample di atas,jom kita beralih fokus kepada landskap politik negara.
10.Dalam masa tiga ke empat hari ini, bunga-bungaan yg menghiasi landskap politik Malaysia telah diserang oleh makluk-makluk perosak dengan pelbagai dakyah dan persepsi negatif.
11. Bermula dgn isu yg dianggap besar seperti 1MDB dan pengugguran Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri dalam pembentukan kabinet baru Dato Seri Najib,bunga-bungaan persepsi negatif terhadap Najib bertambah mekar tetapi tidak mewangi.
12. Bahkan jika dibiarkan dan tidak dijaga dengan rapi akhirnya bunga-bungaan yg menghiasi  lanskap politik Malaysia akan ditumbuhi lalang miang yg boleh menyebabkan rasa gatal bila tersentuh pada kulit.
13. Akhirnya dlm pembentukan kabinet beberapa hari lepas Najib nekad melantik Datuk Seri Dr.Salleh Tun Said Keruak menganggotai kabinet barunya dengan memberikan beliau tanggungjawab memimpin kementerian Komunikasi dan Multimedia dgn harapan segala pengalaman yg ada pada pemimpin ini selain ketajaman pemerhatiannya, mampu menjernihkan persepsi-persepsi negatif terhadap kerajaan dan Dato Najib sendiri.Doa dan harapan seluruh rakyat Malaysia sentiasa bediri teguh dibelakang kerajaan akan mengiringi perjuangan pemimpin ini,insyallah...