LodoPorok

LodoPorok

Sunday 24 August 2014

' Rumah Ibubapa Rumah Anak2, Rumah Anak2 Bukan Rumah Ibubapa.., Di Mana Harga Pengorbanan Ibubapa??????

Hari itu hati saya benar2 diruntun pilu.Perasaan bagai disiat-siat.Keadaan awan kelabu dgn gerimis mula menitik membasahi bumi, membuatkan saya menangguhkan dulu hasrat saya utk pulang awal.

Saya labuhkan punggung di sebuah restoran makanan melayu sedarhana besar.Ketika itu pelanggannya tidak begitu ramai.Di satu sudut restoran itu,ada dua orang pelanggan yg sdg duduk.Di atas meja mereka, terhidang air nipis kosong.Dalam telaan saya,itulah air air suam tanpa sebarang perasa.

Saya diselimuti rasa kasihan pula melihat kedua org tua yg berusia lebih separuh abad itu.Tanpa berfikir panjang, saya beralih berdekatan dgn tempt mereka sambil memesan mee goreng ayam dan minuman panas.

Tanpa berlenggah, saya mempelawa mereka berdua utk memesan apa2 makanan, ' pacik kamu tidak mahu makan apa2, mintalah..! Pelawa saya dgn bahasa daerah yg senang mereka fahami.Di wajah mereka berdua jelas kelihatan seperti ada sesuatu yg mereka sembunyikan.Mereka asyik berpandangan satu sama lain.' Ala mintalah makanan apa2 pacik, macik, saya saja bayar nanti ' saya beri mereka keyakinan bahawa makanan yg mereka bakal pesan, saya yg bayarkan harganya.

Kedua orang tua itu nampak gembira di raut wajah mereka.Tanpa menunggu mereka membuat pesanan makanan, saya panggil pelayan restoran berkenaan mengarahkannya bertanya kedua orang tua tadi, makanan dan minuman yg mereka mahu pesan. ' Nasi goreng dua piring nak..! Pesannya lelaki pasangan wanita berusia separuh abad itu.Pelayan mengangguk tanda faham dan terus menuju ke arah dapur utk menyediakan pesanan

' Pacik dan macik ini orang mana? Di mana tinggal di Kota Kinabalu ini? Saya mula menggorek penyebab di sebalik wajah muram mereka sejak tadi. ' Pacik dan macik ini asal dari sebelah pedalaman ( sebuah daerah yg tidak perlu penulis sebut namanya, memadailah disebut sbg sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah ) di Kota Kinabalu ini tinggal rumah anak ( nama tempat anaknya tinggal, juga tidak perlulah penulis nyatakan ). Oh..! Jawab saya ringkas.

Pembantu restoran datang dgn makanan yg telah saya pesan dan yg dipesan utk merekapun, sudah ada dibawa bersama pesanan saya.Belumpun saya pelawa mereka utk menikmati makanan yg sdh terhidang atas meja tempat mereka, tiba2 macik itu bersuara, sebenarnya nak, suara macik itu begitu lembut dan perlahan sekali, jelas ada sesuatu yg meruntun jiwa dan perasaannya, sebenarnya macik dan pacik ini, bercadang mahu duduk lama sedikit di rumah anak, mahu bermesra lama2 dgn cucu2.Pacik yg duduk di sebelahnya hanya duduk diam mendengar sambil sesekali tunduk melihat ke arah bawah.Maklumalah nak, sambungnya lagi.Dia terhenti sambil menarik nafas panjang, kenapa macik? Saya pula tanpa mahu menunggu sambungan ceritanya, terus mendesaknya dgn pertanyaan.Habis kenapa macik dan pacik balik awal? Pertanyaan tersebut jelas membuatkan macik dan pacik itu tidak senang mendengarnya.

' Kami terpaksa balik awal nak' terangnya kepada saya.Macik dan pacik lihat anak dan menantu lelaki macik kelihatan macam tidak senang saja bila macik dan pacik tinggal lama2 di rumah mereka.Setiap hari ada saja yg tidak kena, sambung macik itu lagi, macik dan pacik kuat batuk di waktu malamlah sehinggakan menurut anak macik, sering membuat anak kecilnya terkejut sehingga terjaga di waktu malam.Bukan itu saja nak, pacik yg lelaki itu pula menyambung kisah mereka berdua semasa tinggal di rumah anaknya.Mereka juga sering mengatakan bahawa rumah mereka kelihatan berselerak sejak kami ada di rumah mereka, selain mengatakan sampah kelihatan di sana sini dlm rumah mereka.Mereka sering mengatakan bahawa air dari dalam kamar mandi rumah mereka, sering terpercik keluar ketika kami mandi.Kami juga dikatakan cerewet dalam memilih makanan, sambung pacik itu lagi.Setiap kali dia meneruskan ceritanya, kedengaran nafasnya turun naik.Amat jelas bahawa perasaannya tergores.Begitu juga dgn macik itu.Saya cuba mematikan ingatan mereka sambil mempelawa mereka menikmati makanan yg sudah lama tersedia di atas meja.' Makan, makan kamu pacik, macik '.

Pengalaman ini menimbulkan seribu satu kekesalan dalam hati saya.Siapalah kita jika bukan kerana kedua orang tua terutama sekali ibu yg melahirkan kita ke dunia ini.

Namun ramai antara anak hari ini, telah menidakkan pengorbanan kedua orang tua kepada mereka sedang di waktu kecil kita, usahkan seekor semut dtg mengigit hatta aeekor nyamuk,kedua orang tua khususnya ibu kita, sedaya mungkin mahu menjaga kita daripada mangsa binatang tersebut.

Lebih dikesalkan lagi, ada sesetengah anak yg tidak senang bila kedua orangnya mahu menumpang tidur bermalam sehari dua di rumah mereka.Pelbagai bentuk sindiran kadang2 di tuturkan sedangkan ketika kecil mereka, kedua orang tua telah menetapkan bahawa rumah besar yg mereka bina, adalah utk kepunyaan anak2 kelak tetapi bila anak2 sudah membesar dan mampu membina dan membeli rumah sendiri,ada ketikanya mereka merasa serik bila kedua orang tua datang menziarahi dan bertandang ke rumah mereka.Di mana sebenarnya nilai dan harga pengorbanan kedua orang tua kita terutamanya ibu, yg melahirkan kita ke dunia ini.Sesungguhnya ada sebilangan anak2 hari ini yg tidak lagi memperakukan bahawa ' syurga itu di telapak kaki ibu, sebaliknya lebih mementingkan keperluan sendiri dan anak berbanding mengenang segala pergorbanan kedua orang tua ketika membela mereka semasa kecil....




No comments:

Post a Comment