LodoPorok

LodoPorok

Thursday 21 August 2014

Tren Memiliki Kereta Besar Dan Mewah.., Antara Keperluan @ Kemewahan?

Bukan saja kebelakangan ini malah sejak dulu, tren memiliki kereta besar dan mewah ini banyak mempengaruhi dan menjadi pilihan utama para pengguna kenderaan.Bezanya dulu mereka yg ramai memiliki kenderaan besar dan mewah ini, terdiri dari mereka yg berjawatan seperti menteri,ahli perniagaan, dan orang perseorangan yg berkemampuan.

Jarang kita dapati para penjawat awam memiliki kereta besar dan mewah dari jenis yg harganya mencecah sehingga ke ratusan ribu ringgit kecuali kalangan mereka yg berstatuskan ' jusa '.Itupun tidak ramai dan boleh dikira dgn jari bilangannya.

Keadaan itu jauh berbeza hari ini.Hari ini bilangan mereka yg memiliki kereta besar dan mewah ini, semakin bertambah dan ramai.Kebanyakan model kereta yg menjadi pilihan dan diminati adalah jenis yg tertera nama ' King ' di hujungnya. Ninja King dan Super King selain jenama lain seperti Alphard, Vellfire, Nissan Murano, X5,Harrier dan banyak lagi.

Mereka yg mampu memiliki kereta2 besar dan mewah ini, tidak lagi terhad di kalangan para wakil rakyat, menteri,ahli perniagaan dan taukeh balak malah kalangan kontraktor kecilpun, ada sudah yang mampu memiliki jenis kereta yg dimaksudkan.

Kereta2 ini selain harganya mahal, cukai jalan dan insuran jalannya juga mahal.Ini tidak termasuk penyelanggaraannya dan pengunaan minyak petrol atau diesel ketika dipandu menuju ke tempat yg ditujui.

Melihat kepada fungsi dan tujuan sebenar memiliki kenderaan itu, kadang timbul tanda tanya dlm benak kita, adakah tujuan utk memiliki sesuatu kenderaan itu sebagai satu kemudahan atau satu kemegahan?

Saya pernah melihat dan ada pengalaman sekejap di luar negara bagaimana orang2 di negara berkenaan yg kebanyakkannya memiliki kenderaan besar dan mewah, memanfaatkan sepenuhnya kenderaan mereka.Saya melihat di setiap bonet belakang kereta mereka, telah ditambah dgn satu alat pencakuk dgn tujuan sbg penyangkut trak tambahan di belakang kenderaan berkenaan, bagi mengangkut barang2 keperluan perkelahan ke tepi pantai pada  setiap hujung minggu.

Hal ini amat jauh berbeza dgn pengguna kenderaan jenis ini di negara kita.Amat jarang kita lihat, mereka yg memiliki model dan jenis kenderaan yg dimaksudkan, memasang pencangkuk di bonet belakang mereka.Dan nampak jelas bahawa fungsi dan tujuan memiliki kereta besar lagi mewah di negara kita, adalah sebagai satu atau lambang kemewahan, bukan tujuan sebagai keperluan.

Orang kita lebih selesa menggunakan kenderaan besar dan mewah ini utk menghadiri majlis jamuan kahwin, mesyuarat, memenuhi temu2 janji dan yg lebih kerap digunakan bila berbincang mengenai hal2 perniagaan dan projek2 pembangunan.

Menurut presepsi orang kita ( tetapi tidak semuanya bersikap demikian ) kita akan lebih ' Gap ' ( istilah bahasa tempatan dari etnik bajau/samah yg membawa makna ' ada gaya ' ) jika memandu kenderaan besar lagi mewah itu.Tidak cukup dgn kereta besar dan mewah, jam tangan yg dipakai mesti dari jenama Rolek atau jika ada lagi kemampuan mesti jenama ' Rolek King ' tambah GAP jika ada jenama ' king ' lagi di hujung.

Ketika memandu kenderaan berkenaan pula, rasanya seperti kurang lengkap kalau tidak mengenakan cermin mata hitam,ear phone disambung ke lubang telinga selain telepon bimbit mesti atas jenama Samsung.Paling rendahpun Samsung Note 3.Dan kebetulan pula masa ini musim durian yg banyak dijual di siring dan bahu2 jalan maka lebih bergaya lagi jika singgah ke gerai2 jualan buah durian berkenaan sambil memilih durian dari jenis ' musangking '.

Berbalik kepada tujuan memiliki kenderaan besar dan mewah tadi.Kadang2 ada kes berlaku di mana bila orang kita memiliki duit banyak yg diperolehi dari sumber2 ' penganugerahaan sesuatu projek kerajaan ' dgn kos ratusan ribu atau jutaan ringgit.Projek berkenaan dijual atau istilah yg paling popular ' dialibabakan ' kepada kontraktor lain maka setelah memperolehi wang hasil daripada jualan projek tadi maka tanpa berlenggah, wang berkenaan digunakan utk membeli kenderaan besar dan mewah seperti yg dinyatakan di atas.Dan yg mendukacitakan kereta berkenaan bukan tujuannya sebagai keperluan tetapi lebih kepada kemewahan yg cuba dipamerkan kepada jiran2 dan kawan2 serta orang ramai.Lebih malang lagi jika kenderaan berkenaan masih banyak baki hutang di bank2 komersial.

Akhirnya kenderaan yg sepatutnya digunakan sebagai keperluan itu tergelincir tujuannya, sebaliknya digunakan sebagai lambang kemewahan dan kemegahan dengan berpegang pada prinsip ' biar pape asal begaye '....



No comments:

Post a Comment